6,545 Bakul Makanan Sudah Diagihkan Semak Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan



99Speedmart baru sahaja melancarkan kempen ini,kempen tersebut bertujuan membantu isi keluarga, bujang, atau sesiapapun yang memerlukan bantuan dari segi makanan. Anda haruslah meletakkan bendera putih dihadapan rumah anda agar mereka dapat membantu.

Setakat ini sehingga 7 Julai Speedmart sudahpun membantu ramai Isi Rumah mahupun bujang lebih 6,500+ bakul makanan sudah diagihkan, ini sedikit sebanyak dapat membantu yang memerlukan.Semak dibawah cara untuk mohon.


Jika anda nampak bendera putih ini digantung di mana-mana rumah atau di kawasan jiran tetangga anda sendiri, sila salurkan maklumat seperti berikut melalui WhatsApp 010-500 0099 atau pun Facebook 99speedmart (Private Message (PM) sahaja)

Sertakan sekali :

1. Alamat Tempat Tinggal
2. Gambar Rumah (Gantung Bendera Putih)

Syarat dapat bantuan makanan tersebut:

  1. Kempen bermula 1 Julai 2021 sehingga 14 Julai 2021.
  2. 1000 pek sehari.
  3. Jangkamasa penghantaran 24 jam.
  4. Kediaman yang berhampiran dengan cawangan 99speedmart sahaja.

Bagi sesiapa yang terlihat bendera putih dihadapan rumah kejiranan anda atau anda sendiri yang memerlukan boleh hubungi mereka ataupun terus PM d facebook 99Speedmart yang rasmi.

Kempen ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban rakyat waktu PKP ini apabila ia dilanjutkan, kita berharap agar ramai lagi syarikat-syarikat besar mampu turut serta dalam kempen bendera putih ini.

Share buat saudara-mara anda agar mereka tidak kelaparan.


Post a Comment

0 Comments