INFO TERUS KE EMAIL ANDA

SAHKAN EMAIL ANDA SELEPAS DAFTAR hariharikerja.com

Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan RM150 Secara 'One-Off' Untuk Murid Sekolah


Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada pelajar pada tahun depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, jumlah itu naik berbanding RM100 yang diterima pelajar sebelum ini.

Katanya, bantuan itu kelak akan memanfaatkan tiga juta murid layak, membabitkan peruntukan keseluruhan RM450 juta

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat

Bagi memastikan murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh, beliau berkata, kerajaan akan meneruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan peruntukan RM400 juta.

"Sebahagian perolehan ini akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan," katanya.


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.  Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Kadar Bantuan Diterima

  1. Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).


Syarat dan Kelayakan Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2022

Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut :

  1. Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);

  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan;

  3. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Cara Mohon
  1. Ibu Bapa tidak perlu mengisi apa-apa borang untuk memohon bantuan ini.

Kaedah Pembayaran Bantuan

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
  1. Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  2. Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Maklumat lanjut 
  1. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap
Sila join channel Telegram kami https://t.me/semakaninfo untuk mengikuti update yang lebih lanjut & terkini

Post a Comment

0 Comments