Bakul Prihatin Negara : Cara Permohonan Bakul Prihatin & Borang Permohonan Diperlukan
Perdana Mentari, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Program Bakul Prihatin Negara buat rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan ataupun terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Beliau juga menyatakan program ini sebagai tindak balas proaktif buat senario yang sedang dihadapi oleh masyarakat pada ketika ini.
Program ini yang membabitkan pengagihan 420,000 bakul bantuan barangan keperluan kepada 1.68 juta penerima dengan peruntukan RM21 juta
APA ITU BAKUL PRIHATIN NEGARA ?
- Bakul Prihatin Negara merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban rakyat .
APA YANG TERKANDUNG DALAM BAKUL PRIHATIN NEGARA ?
Setiap bakul makanan bernilai RM50 itu mengandungi :
- Beras (5 Kg)
- Gula (1 Kg)
- Tepung (2 Kg)
- Bihun (400 Gm)
- Kicap (650 Ml)
- Sardin (230 Gm)
- Biskut
- Kopi
Jika anda memerlukan bantuan Bakul Prihatin Negara ini, anda boleh membuat permohonan dengan cara seperti berikut:
- Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara
- Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
- Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau
- Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.
Sila muat turun dokumen tersebut dan isi maklumat anda dengan lengkap :
Post a Comment
0 Comments