Bantuan Elaun OKU RM450 Setiap Bulan Tahun 2021


Tahukah anda bantuan buat OKU RM450 setiap bulan ? Ya, bantuan ini akan dapat setiap bulan RM450 Seorang ikuti perkongsian kami dibawah, semak syarat-syarat permohonan,dokumen diperlukan dan lain-lain.

ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)

KADAR
RM450 sebulan seorang.

TUJUAN
1. Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang
produktif.


KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
3. Pemegang kad OKU JKM;
4. Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah;
ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM


Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN

  1. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.


DOKUMEN SOKONGAN
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti 


Post a Comment

0 Comments