Cara Klaim Internet Percuma Sehingga 31 Dis 2021 Sebanyak 1GB Setiap Hari

Pada 28 Jun yang lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej PEMULIH yang merangkumi pemberian internet percuma sehingga 31 Disember 2021.

Berikut dikongsikan cara-cara tebus / claim internet percuma untuk pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, dan TM Unifi.

Untuk makluman, pemberian Internet percuma ini telah dimulakan sejak PKP dan kini disambung sehingga penghujung tahun bagi memudahkan urusan pembelajaran secara online.

Data 1GB percuma ini boleh digunakan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari.

Cara Claim Internet Percuma

Syarikat telekomunikasi belum mengumumkan secara rasmi cara claim data internet percuma ini.

Namun berdasarkan pemberian internet percuma sebelum ini, berikut adalah cara-cara menebus internet percuma anda.


SEMAK KELAYAKAN

Semak di app syarikat telekomunikasi masing-masing atau di laman web BPR

Menerusi laman web BPR:

1: Layari https://bpr.hasil.gov.my/
2: Klik "log masuk" pada bahagian atas kanan
3: Masukkan nombor Kad Pengenalanan anda & klik "semak"


1. Celcom


Untuk pengguna Celcom, Xpax, dan Yoodo anda akan menerima data 1GB percuma setiap hari setelah mendaftarkan nombor di apps rasmi Celcom.


2. Maxis


Menerusi app Maxis/Hotlink:

1: Buka app & klik "Beli"
2: Klik banner "Jaringan Prihatin"
3: Klik pautan "semak kelayakan"

Pelanggan boleh memilih salah satu subsidi yang disediakan samada dalam bentuk pembelian telefon pintar atau data internet percuma.


3. Digi


Untuk pengguna Digi lain sedikit. Hanya perlu tebus sekali. Tetapi dapat menikmati internet free sehingga 31 Disember secara automatik.

Manakala untuk pascabayar, anda boleh gunakan kod *128# melalui “Box of Suprise” di aplikasi Mydigi di telefon pintar anda.


4. Tune Talk



Cara tebus senang sahaja. Hanya sekali sahaja untuk register dengan cara taip SMS “STAYHOME” ke 2222 sekaligus membolehkan anda menggunakan internet percuma selepas daripada itu


5. Umobile 



Boleh gunakan kod di bawah ini:

Prabayar: Dail 118*6# dan pilih Special Offer

Pascabayar: Dail 118*7# dan pilih Special Offer


6. Unifi Mobile



Anda akan diberikan secara automatik


7. Yoodo (Automatik& Unlimited)


Untuk yoodo, kami nampak lebih menarik. Apabila mereka memberikan free Internet secara automatik kepada anda sepanjang hari yang boleh digunakan tanpa sebarang had.


Sumber : BeritaHarian,PotatoKentang.com


Post a Comment

1 Comments

  1. Our slots class is so large that it is divided into subcategories inside itself. We offer bonuses that give each new and current members an actual edge. 우리카지노 These embrace not solely high match numbers and dozens of free spins and fair phrases and low wagering rates.

    ReplyDelete