Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bantuan RM500 Bagi Yang Hilang Pendapatan Tahun 2021


Bagi membantu mengurangkan beban rakyat, kerajaan terus komited membantu rakyat dengan mengumumkan bantuan kehilangan pendapatan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan PKP.

Bantuan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lepas selain daripada bantuan-bantuan yang lain.

Diharapkan dengan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan mereka yang terjejas dan dapat meneruskan kelangsungan hidup untuk bulan-bulan mendatang. 

Apa itu Bantuan Kehilangan Pendapatan?

Bantuan Kehilangan Pendapatan merupakan salah satu daripada Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40 bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

Bantuan ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 28 Jun yang lalu.

Ia bertujuan membantu mereka yang terjejas bagi meneruskan kelangsungan hidup pada bulan-bulan mendatang serta hasrat kerajaan dalam memfokuskan serta meneruskan agenda prihatin rakyat.


Jumlah Bantuan
Sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.


Syarat Kelayakan

Buat masa sekarang, kerajaan belum memperincikan syarat khusus kelayakan bantuan ini.Namun, berdasarkan pengumuman Perdana menteri yang lepas antara syarat kelayakan adalah;

  1. Mereka yang kehilangan pendapatan
  2. Berdasarkan data KWSP dan PERKESO tahun 2021

setiap perkembangan kami akan update digroup telegram/whatsapp

Tarikh Bantuan Disalurkan

Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Oktober 2021, Tarikh sebenar akan diumumkan oleh kerajaan selepas ini, kami akan update dari masa ke semasa ikut group telegram/whatsapp untuk ikuti perkembangan lebih lanjut


Permohonan atau Semakan

Kerajaan sama ada melalui agensi KWSP atau PERKESO belum memperincikan tentang perkara ini lagi. Ia akan dimaklumkan dari masa ke semasa berdasarkan data dan rekod silang agensi berkenaan berkaitan dengan mereka yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP.

Baca Juga 

  1. Cara Mohon & Borang Bantuan Kanak-Kanak Rm1000 Setiap Bulan

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk info dan maklumat lanjut, anda bolehlah sentiasa merujuk laman web rasmi dan sosial media KWSP dan juga PERKESO.


sumber : bantuanrakyat,kwsp,perkeso


Post a Comment

1 Comments

  1. Klau pekerja sambilan..kerja satu hari dlm satu bulan..kerja takl penuh..buruh kuli kasar. Layakkah bantuan..hendak mencarum Sesco atau KWSP kerja hanya satu hari dlm satu bulan..hanya pendapatan $30 atau $50 untuk satu bulan..hendak mencarum KWSP dan Sesco pendapatan hanya dot $50.. Klau ada kerja..apatah lagi suasana covib..langsung tak ada kerja..pihak tuan bolehlah rujuk permohonan saya melalui pendaftaran eKasih saya Muhammed Objek..k621210-13-5723..hrp maklum.

    ReplyDelete