Ebit Lew : Sebanyak 10 Lori Bantuan Makanan Menuju Seluruh Malaysia



Menerusi laman Facebook Ebit Lew beliau baru sahaja menghulurkan bantuan keperluan asas seperti beras,tepung,maggi,gula & banyak lagi bagi yang memerlukan.

Sebanyak 10 buah lori sedang menuju ke destinasi ke Seluruh Malaysia cepat atau lambat insha Allah bantuan akan sampai sama sama kita doakan agar dipermudahkan segala urusan beliau.




 


Bantuan yang diberikan tidak kira bangsa & agama semua boleh dapatkan bantuan daripada beliau, belum habis berpenat dengan misi bantuan Palestin, kini beliau terus berjuang untuk rakyat Malaysia.

Beliau sudahpun menyenaraikan nombor telefon bagi setiap negeri untuk dihubungi bagi sesiapa yang memerlukan bantuan makanan yang dikendali oleh Team Kasih Umat pimpinan Ustaz Ebit Lew

Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia.

Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini.

Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu.

Lokasi & No Telefon


1.Kota Kinabalu,Sabah 01121820646

2.Seberang Perai Utara,Penang 0184636181

3.Semporna,Sabah 01159023120

4.Bintulu,Sarawak 0164035460

5.Senawang,Negeri Sembilan 0173164974

6.Bandar Kuantan,Pahang 01161096263

7.Kudat,Sabah 0169771243

8.Pasir Mas,Kelantan 0179478716

9.Sungai Petani,Kedah 01127226330

10.Ipoh,Perak 01151523766

11.Kunak,Sabah 0166033149

12. Pasir Gudang JB 0107068364

13. Kuala Terengganu 01120507611

14. Melaka Tengah 01139900575

15.Kuala Lumpur,Selangor 0176296906


Kepada sesiapa yang memerlukan bantuan, jangan segan hanya telefon nombor yang diberikan mengikut negeri masing-masing.Harap bantuan ini dapat meringankan beban anda sewaktu PKP ini.

Sebarkan di semua laman web Facebook,Whatsapp, & lain-lain, agar tidak ada saudara kita yang kelaparan.


Post a Comment

0 Comments