10 PPV, program jangkauan vaksin 'walk in' di Lembah Klang Bermula 2 Ogos


Dua kaedah akan digunakan untuk pemberian vaksin secara 'walk in', khusus untuk penduduk di Lembah Klang yang berkuatkuasa mulai 2 Ogos ini.

Ia meliputi pemberian vaksin secara 'walk in' di 10 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih dan melalui program jangkauan (outreach programme) ke kawasan pinggiran Lembah Klang.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, PPV terpilih itu termasuk tiga di PPV KL Convention Centre iaitu HCO F, HCO G dan HCO H, Bangi Avenue Convention Center (BACC) dan Hotel Wyndham, Klang.

Selain itu, PPV Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.


PPV Yang Terlibat

Terdapat 10 PPV yang akan terlibat dalam pemberian vaksin secara walk-in iaitu 9 PPV bagi warganegara Malaysia dan 1 PPV bagi bukan warganegara Malaysia.

Bagi PPV warganegara Malaysia, 9 PPV yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) HCO F.
  • Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) HCO G.
  • Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) HCO H.
  • Bangi Avenue Convention Center (BACC).
  • Hotel Wyndham, Klang.
  • Dewan Tun Razak, Sabak Bernam.
  • Dewan Komuniti Serendah.
  • Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
  • Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

1 PPV yang terlibat bagi vaksinasi bukan warganegara Malaysia adalah:

  • Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Bagi individu yang ingin mendapatkan vaksin secara walk-in, sila bawa dokumen-dokumen berikut:

  1. Bawa bukti yang menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang (contoh: alamat kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian dan sebagainya).
  2. Bagi golongan komorbid, mereka diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka komorbid seperti kad rawatan atau kad temu janji

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai vaksinasi walk-in ini, sila layari laman web https://www.vaksincovid.gov.my/.


Post a Comment

0 Comments