Apa Perlu Buat Jika Duit Dalam Bank Hilang ? Ikuti Langkah-langkah ini

 


Korang pernah tak tiba-tiba duit dalam bank hilang ? Jangan panik ikuti langkah-langkah dibawah, ikuti perkongsian kami.

Langkah 1: Buat laporan dekat Unit Aduan bank yang terlibat.

Bila perkara ni jadi,  korang kena cepat-cepat buat laporan pada Unit Aduan dekat bank yang korang hilang duit tu. Pastikan laporan yang korang buat tu lengkap dengan maklumat yang terperinci sebab nanti senanglah pihak bank nak buat siasatan lanjut ke atas kes korang ni. 


Langkah 2: Buat laporan dekat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lepas dah buat laporan dekat Unit Aduan bank yang terlibat, korang kena juga buat laporan dekat pihak polis (PDRM). Pergi je mana-mana balai polis yang dekat dengan tempat korang. Lepas tu,  terangkan semua yang berlaku dan tindakan yang korang dah buat dekat pihak polis. 


Langkah 3: Tunggu respon dari pihak bank dalam masa 14 hari.  

14 hari diperlukan untuk kes ni disiasat dan korang akan terima maklum balas daripada pihak bank. Kalau tak ada respon lepas 14 hari, korang kena follow-up balik dengan pihak bank yang terlibat tau. 


Langkah 4: Buat aduan kepada pihak BNM.

Kalau maklum balas yang korang tunggu tak berbalas, ataupun korang tak puas hati dengan maklum balas yang diberikan oleh pihak bank, korang boleh jugak buat aduan lanjut dekat  saluran bantuan, iaitu pihak BNM.

Tapi, sebelum korang buat aduan, ada beberapa skop yang pihak BNM takkan kendalikan tau, baca senarai bawah ni: 

BNM tak  akan kendalikan skop bawah ni:
  1. Aduan di bawah bidang kuasa OPK, AKPK dan SIDREC;  
  2. Aduan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah/Tribunal Pengguna, dan yang dikemukakan melalui firma-firma peguam atau yang sedang mereka kendalikan;  
  3. Aduan yang tidak menyatakan nama pengadu, tidak ditandatangani, tidak jelas atau aduan oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan;  
  4. Aduan oleh ejen institusi perkhidmatan kewangan seperti ejen insurans/takaful, pengutip hutang dan penarik kenderaan terhadap prinsipalnya;  
  5. Aduan oleh kakitangan PPK terhadap majikan mereka;  
  6. Aduan yang melibatkan tuntutan insurans/takaful melebihi RM500,000 kecuali jika ia berkaitan dengan aduan mengenai kualiti perkhidmatan dan pengendalian tuntutan tidak adil;  
  7. Aduan mengenai bengkel kereta yang tidak tersenarai dalam Skim Bengkel Pembaiki Kereta Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM);  
  8. Aduan mengenai keputusan komersial yang tidak melibatkan isu mengenai salah guna polisi dan standard BNM;  
  9. Aduan terhadap institusi bukan di bawah kawal selia BNM seperti koperasi, syarikat kredit, pemajak gadai dan peminjam wang berlesen bukan bank;  
  10. Aduan bukan di bawah bidang kuasa BNM seperti penipuan, pemasaran pelbagai peringkat dll.
Ada 3 cara yang boleh korang ajukan aduan atau pertanyaan: 

1. Pusat Perkhidmatan Pelanggan bagi Pengunjung
BNMLINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat)
Bank Negara Malaysia
Blok D, Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

Pejabat BNM Pulau Pinang
No. 27, Lebuh Light
10200 Pulau Pinang

Pejabat BNM Johor Bahru
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru

Pejabat BNM Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu

Pejabat BNM Kota Kinabalu
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu

Pejabat BNM Kuching
Jalan Satok
93000 Kuching

Waktu urusan: 9.00 a.m. - 5.00 p.m. (Isnin – Jumaat).
Kecuali untuk Pejabat BNM Kuala Terengganu : 9.00 a.m. - 5.00 p.m. (Ahad - Khamis).


2. Melalui borang di laman web: https://telelink.bnm.gov.my/

3. Hubungi pusat hubungan BNM TELELINK
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
Overseas: +603-21741717
Waktu urusan: 9.00 a.m. - 5.00 p.m. (Isnin - Jumaat)

Sumber : loanstreet


Post a Comment

0 Comments