GKP 4.0 : Semakan Status & Tarikh Pembayaran GKP 4.0 RM 1,000


 

Kerajaan bersetuju menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima layak sebanyak RM500, yang akan dibayar pada September dan RM500 lagi pada November ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bayaran tambahan bantuan GKP di bawah 4.0 itu dibuat berikutan kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro pada masa ini,

"Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro termasuk pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatandapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka.


"Apa yang penting kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti," katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Muhyiddin berkata, pelaksanaan GKP itu berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau 'business survival' dalam kalangan pengguna kecil, terutama mereka yang tidak dibenarkan beroperasi.

"Secara keseluruhannya kerajaan sudah memperuntukkan tambahan RM5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP.

"Terkini di bawah PEMERKASA Tambahan, penerima yang layak

sudah mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak RM1,000 kira-kira dua minggu lalu dan bakal mendapat RM500 lagi pada pertengahan Julai nanti," katanya.



Perdana Menteri juga berkata, bantuan itu termasuk dalam fokus kedua dalam pakej PEMULIH ialah menyokong perniagaan.

Ini kerana, katanya, kerajaan sedar dalam Fasa Pertama dan Kedua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), kebanyakan premis perniagaan masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

"Oleh itu, kerajaan akan menyalurkan beberapa bentuk bantuan demi menjamin kelangsungan perniagaan dalam kedua-dua fasa ini.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, melalui fokus kedua ini, beberapa tambahan akan ditambah baik antaranya kos tanggungan majikan, menyokong usaha digitalisasi, memberikan bantuan bantuan kewangan dan insentif percukaian, menyediakan fasiliti pembiayaan dan pencarian insentif penggajian.


TARIKH PERMBAYARAN GKP 4.0

  1. Pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500).


syarat untuk membuat permohonan baharu GKP 4.0

Syarat kelayakan seperti berikut: 

a. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan 

b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan 

c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  1.  Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
  2.  Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan 

d. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021; dan 

e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

CARA MOHON GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Cara untuk memohon GKP adalah secara atas talian (online) melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM :

  1. Layari laman web atau portal rasmi GKP 4.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Jangan salah taip GPK 4.0 pula; atau masuk https://gpk.hasil.gov.my
  3. Portal GPK 4.0 tidak wujud, yang ada hanya GKP 4.0 sahaja
  4. Sila login GKP 4.0 dengan klik pautan Log Masuk
  5. Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor MyKad anda
  6. Pastikan anda masukkan Nombor MyKad baru yang mempunyai 12-digit
  7. Jangan masukkan sempang (-)
  8. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 990101-01-5465, masukkan 990101015465
  9. Tekan butang Semak
  10. Sekiranya anda memang belum pernah buat permohonan GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar”
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
  12. Tekan butang Cari
  13. Akan keluar paparan ini “Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.”
  14. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  15. Jika anda tersalah masukkan Captcha, akan keluar paparan ini “Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.”
  16. Tekan butang Semak
  17. Tekan butang Permohonan Baharu
  18. Anda kini dapat melihat borang permohonan GKP 4.0
  19. Ada beberapa bahagian yang anda perlu isi untuk mohon GKP 4.0 seperti:
    • Maklumat Pemohon
    • Maklumat Entiti Perniagaan
    • Pengesahan
  20. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Nama Pemohon
    • Nombor MyKad
    • Jantina
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Alamat Surat Menyurat
    • Nama Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Nombor Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Status Perkahwinan
  21. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Entiti Perniagaan. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Jenis Perniagaan
    • Nombor Cukai Pendapatan
    • Nama Perniagaan Pemilik Tunggal / Syarikat / Perkongsian
    • Nombor Pendaftaran Syarikat
    • Tarikh Mula Beroperasi
    • Nombor Lesen Perniagaan
    • Alamat Premis Perniagaan
  22. Selepas siap, klik tab Pengesahan di bahagian atas
  23. Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin
  24. Tekan butang Sahkan Captcha
  25. Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
  26. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
  27. Klik butang Hantar
  28. Mesej makluman penghantaran borang permohonan GKP 4.0 berjaya akan dipaparkan

Pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500).

Permohonan akan dibuka pada 15 Julai ini


Post a Comment

0 Comments