Bantuan RM600 Golongan B40, Semak Segera


Program KerjayaGig adalah skop tawaran pengambilan pekerja di bawah PenjanaKerjaya 3.0 melalui penyediaan peluang pekerjaan gig ataupun sementara sehinggalah memperoleh pekerjaan sepenuh masa.

Pekerja ekonomi Gig adalah orang yang bekerja sendiri yang menjalankan aktiviti pekerja melalui platform penyediaan perkhidmatan menggunakan apliaksi digital untuk mendapatkan upah contohnya GrabCarFoodPandaLalamoveMaxim & Banyak lagi.



BANTUAN YANG DITERIMA

Bantuan yang akan diterima oleh pekerja mahupun majikan adalah seperti berikut :

  1. RM600 bagi individu ditawarkan pekerjaan sementara atau gig sehingga 6 Bulan

  2. RM200 buat majikan, penyedia perkhidmatan, platform atau pertubuhan yang menawarkan pekerjaan sementara tersebut yang berdaftar dengan PERKESO

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakn bagi yang ingin memohon :

  1. Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO tetapi diberikan notis cuti tanpa gaji.
  2. Individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO.
  3. Pencari kerja dari golongan rentan. Antaranya, golongan hilang upaya, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, gelandangan dan sebagainya.
  4. Penganggur tegar, yang menganggur lebih daripada 180 hari




CARA PERMOHONAN PROGRAM KERJAYAGIG 

Berikut cara permohonan Program KerjayaGig bagi kategori Penyedia Perkhidmatan (OPERATOR) & Orang Bekerja Sendiri (OBS)
  1. Log masuk di www.myfuturejobs.gov.my dan mohon pekerjaan yang tersenarai di bawah kategori pekerjaan sendiri.
  2. Selepas berjaya mengambil pekerja, majikan perlu mendaftarkan Orang Bekerja Sendiri yang berjaya melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk memohon insentif Program KerjayaGig.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MOHON

i. Dokumen yang perlu dimuat naik dalam Portal PenjanaKerjaya

  1. • Maklumat akaun bank majikan (salinan hadapan yang tertera nama majikan,nombor akaun majikan dan nama bank).
  2. • Maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang telah disahkan oleh Pihak Bank (Business Registraton Number -BRN).
  3. • Borang Pengesahan Pekerja yang telah ditandatangani oleh pekerja.
  4. • Maklumat akaun bank pekerja (salinan halaman hadapan Penyata Bank yang tertera nama pekerja, nombor akaun pekerja, nombor kad pengenalan dan nama bank).

ii. Dokumen yang perlu dikemukakan kepada pegawai PERKESO sekiranya diminta

  1. • Perakuan / Self Declaration oleh majikan sekiranya pekerja tersebut terdiri dalam kategori Golongan Mudah Terjejas seperti di dalam jadual.
  2. • Kontrak Perkhidmatan Pekerja Baru serta maklumat slip gaji pekerja sebagai bukti
  3. • Borang Perakuan Berkanun
  4. • Bukti caruman kepada KWSP bagi pekerja yang baru diambil bekerja

MAKLUMAT LANJUT 

Sila hubungi 1-300-22-8000 / 03-8091 5300 ataupun boleh email ke penjanakerjaya@perkeso.gov.my


Post a Comment

0 Comments