[TERKINI] GKP 4.0 Mula Dikreditkan Pada 21 September, Semak Status Anda

Kerajaan menyalur bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 sebanyak RM500 juta lagi di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang akan mula dibayar pada Selasa ini (21 September) bagi menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada lebih sejuta PKS mikro, bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.


"Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November sebanyak RM500.

Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.

"Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.

Baca juga : Cara Semak GKP Anda

"Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021 melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Perdana Menteri, secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih sejuta juta PKS mikro di bawah GKP sejak COVID-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.

Justeru, Ismail Sabri berharap bantuan tersebut dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia.

Kerajaan katanya, memberi keutamaan kepada pemain industri ini kerana mereka merupakan antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

"Semoga dengan bantuan ini, peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai," kata Perdana Menteri.


CARA MOHON ATAUPUN SEMAK GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Cara untuk memohon GKP adalah secara atas talian (online) melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM :

  1. Layari laman web atau portal rasmi GKP 4.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Jangan salah taip GPK 4.0 pula; atau masuk https://gpk.hasil.gov.my
  3. Portal GPK 4.0 tidak wujud, yang ada hanya GKP 4.0 sahaja
  4. Sila login GKP 4.0 dengan klik pautan Log Masuk
  5. Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor MyKad anda
  6. Pastikan anda masukkan Nombor MyKad baru yang mempunyai 12-digit
  7. Jangan masukkan sempang (-)
  8. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 990101-01-5465, masukkan 990101015465
  9. Tekan butang Semak
  10. Sekiranya anda memang belum pernah buat permohonan GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar”
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
  12. Tekan butang Cari
  13. Akan keluar paparan ini “Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.”
  14. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  15. Jika anda tersalah masukkan Captcha, akan keluar paparan ini “Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.”
  16. Tekan butang Semak
  17. Tekan butang Permohonan Baharu
  18. Anda kini dapat melihat borang permohonan GKP 4.0
  19. Ada beberapa bahagian yang anda perlu isi untuk mohon GKP 4.0 seperti:
    • Maklumat Pemohon
    • Maklumat Entiti Perniagaan
    • Pengesahan
  20. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Nama Pemohon
    • Nombor MyKad
    • Jantina
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Alamat Surat Menyurat
    • Nama Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Nombor Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Status Perkahwinan
  21. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Entiti Perniagaan. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Jenis Perniagaan
    • Nombor Cukai Pendapatan
    • Nama Perniagaan Pemilik Tunggal / Syarikat / Perkongsian
    • Nombor Pendaftaran Syarikat
    • Tarikh Mula Beroperasi
    • Nombor Lesen Perniagaan
    • Alamat Premis Perniagaan
  22. Selepas siap, klik tab Pengesahan di bahagian atas
  23. Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin
  24. Tekan butang Sahkan Captcha
  25. Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
  26. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
  27. Klik butang Hantar
  28. Mesej makluman penghantaran borang permohonan GKP 4.0 berjaya akan dipaparkan


Sumber : AstroAwani


Post a Comment

0 Comments