Semakan Status BPR 3.0 & Rayuan Boleh Disemak Mulai Hari Ini


Semakan status kelulusan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh dibuat mulai esok, membabitkan hampir 200,000 penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung bulan ini bersama dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.

"Kerajaan sudah mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima BPR melalui permohonan rayuan yang dibuka pada 15 sehingga 30 Jun lalu.

"Permohonan rayuan ini diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan inisiatif bantuan tunai ini dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak," katanya dalam kenyataan hari ini.


Zafrul berkata, kerajaan berharap bantuan tunai yang keseluruhannya berjumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun ini, boleh membantu Keluarga Malaysia menampung dan menguruskan perbelanjaan penting mereka.

Selaras dengan pengumuman kelulusan rayuan BPR, beliau berkata, kerajaan turut memberi peluang kepada golongan berkenaan untuk menyertai Program Jaringan Prihatin.

Katanya, tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program terbabit akan dilanjutkan sehingga 30 September ini dan ia bertepatan dengan situasi semasa serta memberi ruang dan masa kepada mereka yang perlu mendaftar serta menebus telefon telefon di kedai secara fizikal.

Semak BPR Anda Disni https://www.hariharikerja.com/2021/09/status-keputusan-rayuan-bpr-tarikh-bpr.html

"Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan program yang disediakan menepati kehendak golongan sasar dan memudahkan pembelajaran anak golongan B40 mendapatkan pakej telekomunikasi atau pakej peranti mudah alih.

"Sokongan ini diharapkan dapat menjamin pembelajaran yang lebih lancar dan kondusif," katanya.


Anda boleh check status rayuan BPR melalui portal rasmi BPR:
  1. Layari https://bpr.hasil.gov.my
  2. Sila isi Nombor Kad Pengenalan
  3. Sila lengkapkan CAPTCHA
  4. Tekan SEMAK
  5. Maklumat pemohon BPR akan dipaparkan.
  6. Jika permohonan rayuan BPR anda LULUS,maklumat seperti status bayaran,jumlah dan fasa akan dipaparkan.
  7. Jika permohonan rayuan BPR anda GAGAL,maklumat KOD TIDAK LULUS/GAGAL akan dipaparkan.
Cara Semakan Status Bayaran BPR Fasa 3

Untuk membuat semakan status bayaran melalui Portal BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), sila rujuk langkah berikut:
  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
  5. Jika tertulis ‘Permohonan Diterima’, sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ seperti dalam gambar di bawah.
Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna duit akan masuk tak lama lagi.
Gagal Kredit’ = bermakna akan diberi nombor baucer untuk dituntut di BSN secara tunai

Sumber : Berita Harian



Post a Comment

0 Comments