Bantuan Rm 1,000 Kepada Setiap Keluarga Mangsa Banjir, Semak Segera

Sejumlah 17 kematian direkodkan di seluruh Selangor susulan bencana banjir yang melanda negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu sidang media hari ini, 21 Disember 2021.

Menurutnya, Klang mencatatkan kematian tertinggi iaitu 10 mangsa, diikuti Sepang (4) dan Hulu Langat (3), lapor Astro Awani.

“Malah, ada sukarelawan yang turut meninggal dunia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).”

“Kami berharap, mereka semua bersabar dengan cubaan dan dugaan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga sedang mengenal pasti punca kematian melibatkan kesemua mangsa.

Jelasnya, mungkin ada mangsa yang meninggal dunia disebabkan lemas akibat banjir, tetapi mungkin ada kematian disebabkan perkara-perkara lain.


Bantuan Banjir RM1000 Untuk Setiap Isi Rumah Oleh Kerajaan Negeri Selangor




Dalam sidang media tersebut, turut diumumkan bahawa mangsa banjir di negeri Selangor yang kehilangan ahli keluarga akibat bencana itu bakal menerima RM10,000 sumbangan Kerajaan Selangor.


Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan RM1000 turut diagihkan kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman yang rosak.


Perkara itu diumumkan dalam sidang media khas di pusat pentadbiran Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Berikut adalah rangkuman sidang media bantuan banjir bagi rakyat Selangor yang diumumkan:

  1. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 100 juta Ikhtiar Selangor Bangkit di mana RM 20 juta bagi operasi pembersihan dan pemulihan manakala RM 80 juta bagi pembinaan semula infrastruktur.
  2. Kerajaan Negeri menyumbang RM 10 ribu kepada setiap keluarga mangsa banjir yang terkorban di Selangor. Manakala sumbangan RM 1 ribu kepada setiap keluarga mangsa banjir di Selangor.
  3. Kerajaan Negeri bersetuju memberi pengecualian bayaran balik pinjaman bagi peminjam dan usahawan HIJRAH yang terkesan dengan bencana banjir. Implikasi kewangan adalah RM 15 juta.
  4. Kerajaan Negeri bersetuju memberi pengecualian bayaran bil air selama sebulan kepada semua akaun-akaun yang terkesan dengan banjir.
  5. Menubuhkan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit dan mengalu-alukan sumbangan dari syarikat swasta, korporat dan GLC serta individu. Sebagai permulaan, Menteri Besar Selangor menyumbang satu bulan gaji kepada tabung ini.
  6. Sepanjang Operasi Mencari dan Menyelamat, sebanyak 453 jentera dan kenderaan daripada pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan seperti Angkatan Pertahanan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, RELA.
Sumber: Astro Awani, SelangorKini


Post a Comment

0 Comments