BSN tingkat pembiayaan MyRinggit-i Banjir kepada RM10,000



KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) meningkatkan jumlah pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i Banjir kepada RM10,000 berbanding pengumuman terdahulu RM5,000, susulan kenyataan terkini oleh kerajaan.


BSN dalam kenyataannya hari ini berkata, BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan kadar sifar peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa banjir di seluruh negara.


"Permohonan ini akan dibuka mulai 27 Disember 2021," katanya.


Bank itu berkata, mangsa yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman web rasmi BSN, www.bsn.com.my.

"Bagi pemohon yang mempunyai masalah atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan," katanya.


Dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah salinan kad pengenalan, salinan bil elektrik rumah yang terjejas dan surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas.


Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).


Pemohon boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi BSN.


Untuk informasi lanjut, layari www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.


Post a Comment

0 Comments