Pencarum tetap minta RM10,000 selepas KWSP umum keuntungan


PETALING JAYA – Ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nampaknya masih tidak mengalah dalam tuntutan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000.


Selepas KWSP mengumumkan keuntungan bagi suku ketiga 2021 lebih tinggi iaitu RM48.02 billion, meningkat 7.7 peratus hari ini, tuntutan tersebut mula memenuhi ruangan komen media sosial.


Keuntungan itu sekaligus meningkat sebanyak RM3.42 billion berbanding tempoh sembilan bulan yang sama tahun sebelumnya.


Ads by Kiosked

Pasaran saham juga dikatakan menyumbang kepada 54 peratus pulangan pelaburan KWSP pada suku ketiga 2021.


Pengumuman itu sekaligus membuatkan pencarum menekan pihak KWSP untuk membenarkan pengeluaran RM10,000 secara one off kerana masih ramai yang memerlukan ketika ini.


“KWSP untung. Dia main saham. Saham pun untung dilabur KWSP. Lepas ini harap bolehlah bantu rakyat yang sedang susah pula. Jangan tamak. Benarkan pengeluaran i-Citra kali terakhir,” jelas Isham Jalil.


“Untung dah ada, apa lagi alasan KWSP ni? Orang memang tak ada duit. Kalau cakap pasal masa depan, sepatutnya masa sekarang lah penentu masa depan.


“Cuba la berlembut sikit, nak suruh rakyat buat macamana lagi, nak suruh faham sikit je perasaan rakyat sekarang,” jelas Zaibidi Razak. – K! ONLINE


Post a Comment

0 Comments