Peranti Siswa 2022 : Cara Daftar & Syarat Kelayakan Bantuan Peranti Siswa


Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti.
Inisiatif ini membuktikan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk komuniti digital Keluarga Malaysia serta merapatkan jurang digital antara semua kelompok Keluarga Malaysia.

TERMA & SYARAT PERMOHONAN PERANTISISWA

  •  1. Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
    3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
    4. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
    5. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
    6. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
  •  2. Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
  •  3. Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
  •  4. Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:
    1. menamatkan pengajian;
    2. berhenti pengajian;
    3. dibuang pengajian;
    4. menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara; atau
    5. melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
  •  5. Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
  •  6. Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.
  •  7. Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
  •  8. Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
  •  9. Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
  •  10. Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
  •  11. Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
  •  12. Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

A. SOALAN-SOALAN BERKAITAN PERANTISISWA

    1. Apakah itu inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia?
  •  Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.
  • 2. Siapakah yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia?
  •  Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah di bawah Belanjawan 2022 yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  • 3. Siapakah Pentadbir Program PerantiSiswa?
  •  Pentadbir Program PerantiSiswa ialah Unit Pengurusan Peranti Siswa, Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  • 4. Bilakah PerantiSiswa mula diberikan kepada mahasiswa?
  •  PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022.
  • 5. Adakah setiap mahasiswa daripada keluarga B40 akan menerima PerantiSiswa?
  •  Inisiatif ini akan melibatkan mahasiswa warganegara Malaysia dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 dan menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.
  • 6. Saya merupakan mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022. Adakah saya layak memohon?
  •  Mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon.
  • 7. Adakah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara separuh masa layak memohon PerantiSiswa?
  •  Tidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  • 8. Saya tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan dan saya tidak mempunyai sebarang peranti atau komputer riba untuk menyokong proses pembelajaran saya. Adakah saya layak memohon PerantiSiswa?
  •  Ya. Layak memohon kerana memenuhi syarat-syarat kelayakan umum permohonan PerantiSiswa.
  • 9. Saya merupakan mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 tetapi saya memerlukan peranti untuk membantu proses pengajian saya kerana saya terkesan akibat bencana alam seperti banjir atau kebakaran. Adakah saya boleh memohon PerantiSiswa?
  •  Mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.
  • 10. Saya mempunyai adik-beradik lain yang memenuhi syarat-syarat umum permohonan PerantiSiswa. Adakah lebih dari satu (1) permohonan dari keluarga B40 yang sama layak memohon PerantiSiswa?
  •  Ya. Permohonan adalah berdasarkan permohonan individu bagi setiap mahasiswa yang layak.
  • 11. Adakah pelajar matrikulasi layak untuk memohon bantuan Perantisiswa?
  •  Buat masa ini, hanya pelajar di bawah Universiti Awam (UA) merangkumi Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT sahaja yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini.
  • 12. Adakah peranti yang diterima perlu dikembalikan?
  •  Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
  • 13. Apakah jenis peranti yang akan dibekalkan?
  •  Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:
    1. Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280x800
    2. Android OS 10 dan ke atas
    3. 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
    4. Minimum RAM 4GB
    5. Minimum storan 64GB
    6. Slot SD Micro sehingga 256GB
    7. Kamera hadapan minimum 2MP
    8. Kamera belakang minimum 5MP
    9. Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
    10. Bluetooth 4.1 dan ke atas
    11. WiFi 2.4GHz & 5Ghz
    12. Bateri minimum 4500 mAh
    13. Pengecas USB disertakan
    14. Papan kekunci bluetooth disertakan
    15. Pen stylus disertakan.
    14. Berapakah jumlah bilangan mahasiswa yang akan menerima manfaat dari inisiatif PerantiSiswa?
  •  Dijangkakan seramai 350,000 mahasiswa akan menerima manfaat daripada pelaksanaan inisiatif PerantiSiswa pada tahun ini.

B. SOALAN-SOALAN BERKAITAN SISTEM PERMOHONAN PERANTISISWA

    1. Bilakah permohonan PerantiSiswa mula dibuka?
  •  Permohonan PerantiSiswa mula dibuka pada 15 April 2022 mulai jam 8 pagi melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my.
  • 2. Mengapa data saya tidak dipaparkan dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa sedangkan saya telah mengisi maklumat permohonan peranti sebelum ini?.
  •  Sistem telah menerima data daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah dibuat semakan silang status B40 dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berdasarkan data permohonan peranti pada suku tahun keempat tahun 2021. Walau bagaimanapun, pemohon masih boleh memasukkan maklumat ke dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa dan permohonan yang lengkap dikemukakan akan diproses untuk pertimbangan.
  • 3. Bagaimana untuk mengetahui keputusan permohonan yang dibuat melalui Sistem Permohonan PerantiSiswa ini?
  •  Pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.
  • 4. Adakah terdapat sebarang panduan berkenaan penggunaan Sistem Permohonan PerantiSiswa?
  •  Pemohon boleh merujuk kepada dokumen Manual Pengguna yang terdapat pada laman web Sistem Permohonan PerantiSiswa.
  • 5. Apakah maklumat perhubungan yang boleh dihubungi berkenaan permohonan PerantiSiswa?
  •  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my atau melalui talian berikut:
  • ▪ 03-8911 5351
    ▪ 03-8911 5258
    ▪ 03-8911 5265
    ▪ 03-8911 5188

    Waktu operasi:
    8.00 pagi hingga 6.00 petang
    Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)

    8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
    Sabtu dan Ahad


Post a Comment

0 Comments