i-Sejahtera : Bantuan Wang Tunai Bagi Rakyat Malaysia Golongan B40

 


Program i-Sejahtera merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.

Syarat utama program i-Sejahtera adalah pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan merupakan pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU). Syarat-syarat lengkap bagi setiap program beserta dokumen yang perlu disediakan boleh dilihat pada pautan berikut :

BAYARAN SATU (1) KALI SETAHUN

  1. Program Penghargaan Warga Emas : RM150
  2. Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100
  3. Program Ibu Emas : RM100
  4. Program Bantuan OKU : RM150

BAYARAN SEKALI SECARA ONE-OFF

  1. Program Anak Emas : RM200
  2. Khairat Kematian : RM1,000


1.PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN 

1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan Waris.
3.Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
4.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

2.PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.Warganegara Malaysia.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
3.Bercerai atau kematian suami
4.Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
5.Tidak berkahwin semula.
6.Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN

1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak.
3. Sijil Kelahiran salah seorang anak.
4.Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
5.Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
6. Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
7.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

3.PROGRAM SURI EMAS
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.Warganegara Malaysia.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH.
3.Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap
4.Wanita masih berumahtangga.
5.Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN 

1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan Suami.
3.Salinan Sijil Perkahwinan.
4.Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
5.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

4.PROGRAM BANTUAN OKU
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.Warganegara Malaysia.
2.Menetap di Negeri Pulau Pinang.
3.Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN 

1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan Waris.
3.Salinan Kad Pendaftaran OKU.
4.Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon/waris. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.

5.PROGRAM ANAK EMAS
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2.Anak berumur kurang 2 tahun dari tarikh dilahirkan.
3.Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN 

1.Salinan Sijil Kelahiran anak.
2.Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.
3.Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
4.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

6.PROGRAM BANTUAN TEKSI & BAS SEKOLAH

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF TEKSI:

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
    3. Memiliki Kad Pemandu yang masih sah tempoh laku
    4. Menjalankan perkhidmatan teksi di Negeri Pulau Pinang sahaja

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK BANTUAN INSENTIF TEKSI:

(Sila Muat Naik Dokumen secara atas talian)

    1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    2. Salinan Kad Pemandu
    3. Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF BAS SEKOLAH:

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
    3. Memiliki Permit Bas Sekolah yang masih sah tempoh laku
    4. Menjalankan perkhidmatan bas sekolah di Negeri Pulau Pinang sahaja
    5. Pemohon individu/syarikat hanya layak memohon maksimum dua (2) permit bas sekolah sahaja.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK BANTUAN INSENTIF BAS SEKOLAH:

(Sila Muat Naik Dokumen secara atas talian)

    1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    2. Salinan Permit Bas Sekolah
    3. Salinan Lengkap Setiap Helaian Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
    4. Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif)
    5. Salinan dokumen sokongan sekiranya tidak menggunakan akaun bank syarikat.
CARA DAFTAR PROGRAM I-SEJAHTERA

Program i-Sejahtera boleh dimohon secara dalam talian (online) di portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan.

1. Semak No Kad Pengenalan

2. Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.

3. Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.

4. Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.

5. Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

PERMOHONAN BARU & SEMAKAN STATUS

Untuk permohonan baru ataupun semakan status anda bolehrujuk https://isejahtera.penang.gov.my/semakan.php

Maklumat lanjut anda boleh layari https://isejahtera.penang.gov.my/index.php


Post a Comment

0 Comments