Bantuan Khas Kewangan RM1,500 dikreditkan Januari 2023



Bagi membantu mereka yang memerlukan, kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif di peringkat persekutuan atau negeri.


Salah satunya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang disediakan melalui kerajaan negeri Malaysia, jumlah tersebut telah diluluskan.

Perkara ini juga telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM13 juta.


Kadar Bantuan Kewangan Khas

Menurut kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah – Kerajaan Negeri akan memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada setiap penerima yang layak.


Mereka yang layak adalah kesemua penjawat awam di negeri terbabit dan akan diagihkan pada Januari tahun depan (2023).


Menurutnya, pemberian itu diperkenalkan sebagai menghargai penjawat awam di negeri Kelantan.


“Memandangkan prestasi kewangan kerajaan negeri memberangsangkan dan kita telah mencatatkan lebihan bajet selama lima tahun berturut-turut, sudah tiba masanya kita menghargai penjawat awam yang bekerja keras.


“Kita bersetuju memberi bantuan khas kepada penjawat awam sebanyak RM1,500. Bantuan khas ini adalah yang tertinggi dicatatkan untuk penjawat awam negeri,” kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.


Senarai mereka yang layak menerima Bantuan Kerajaan BKK RM1,500 dibayar bulan ini


RM300 dah bayar bulan lepas, ini RM300 Bantuan RISDA untuk bulan Disember

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Kedah turut memperkenalkan BKK dengan nilai yang sama kepada semua penjawat awamnya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM8 juta untuk bantuan itu yang akan dibayar Disember ini.


Sumber : Awani




Post a Comment

0 Comments