Cara mohon dan syarat kelayakan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita sehingga RM150,000



DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan

Program ini bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah


Syarat-syarat Permohonan

  1. Warganegara dan Bumiputera
  2. Berumur 18-60 tahun
  3. Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  4. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  5. Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  6. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  7. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  8. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  9. Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  10. Perniagaan patuh Syariah
  11. Bebas dari senarai hitam MARA

Kelonggaran Syarat

  1. Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
  2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  3. Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  4. Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  5. Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
  6. Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan

Cara Memohon

Premohonan akan ditutup pada 31 Disember 2022
Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan rujuk link disini https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/dananita.html


Post a Comment

0 Comments