Simpanan cukup boleh membuat pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar


Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mahu membuat pengeluaran mempunyai baki akaun mencukupi.


Ia berdasarkan kajian oleh Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) yang mendapati 79.6 peratus daripada 136,137 pencarum KWSP memiliki baki Akaun Satu lebih RM10,000, manakala selebihnya kurang RM10,000.


Presidennya, Azmi Mohd Tahir berkata, kaji selidik itu dilakukan selama 12 hari bermula 20 Disember hingga hari ini dan ia adalah sebagai data sokongan tambahan untuk Tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0 secara Bersasar yang akan dibentangkan kepada Kerajaan.


"Berdasarkan maklumbalas yang diterima oleh 136,137 pencarum, sebanyak 79.6 peratus (108,363 orang) mempunyai baki akaun satu KWSP melebihi RM10,000 dan ke atas di mana 20.4 peratus (27,774 orang) daripadanya mempunyai baki akaun satu kurang RM10,000.


"Dari kaji selidik ini ternyata pencarum KWSP yang terdesak memerlukan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar mempunyai jumlah baki yang mencukupi untuk membuat pengeluaran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Azmi berkata, PGIRM sudah membuat serahan memorandum kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin pada 19 Disember lalu di hadapan bangunan Parlimen bersama wakil pe


Post a Comment

0 Comments