Pembayaran FASA 2 RM300 Februari ini


Bagi membantu mereka yang memerlukan, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan khas di peringkat persekutuan atau negeri.

Salah satunya ialah Bantuan Musim Tengjuh (BMT) yang diperkenalkan melalui kerajaan persekutuan kepada golongan yang memerlukan dan layak.

Bantuan BMT RM800

Berdasarkan pembentangan Bajet Mini 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar BMT dari RM600 sebelumnya kepada RM800 bagi tahun 2023 ini.


Bantuan kewangan ini akan diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  1. Peneroka tanaman getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  2. Peneroka tanaman getah yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA;
  3. Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
  4. Mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.

Tarikh Pembayaran
Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan kewangan ini, ia akan dilaksanakan sebanyak tiga fasa iaitu dengan peringkat di bawah:
  1. RM300 (Fasa 1 – Januari 2023)
  2. RM300 (Fasa 2 – Februari 2023)
  3. RM200 (Fasa 3 – Mac 2023)
 

Kaedah pembayarannya pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank para penerima yang layak.

Dianggarkan sekitar 12,138 peneroka tanaman getah FELDA seluruh negara akan menerima manfaat ini dan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta.



Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) membabitkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta bagi manfaat sejumlah 12,138 peneroka tanaman getah di seluruh negara, akan dibayar dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Mac depan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata bayaran sebanyak RM800 akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank peneroka berkenaan, membabitkan masing-masing RM300 dalam Fasa 1 (Januari) dan Fasa 2 (Februari) serta baki RM200 dalam Fasa 3 (Mac).

Selain itu, beliau memaklumkan setakat ini, kerajaan juga sudah menyalurkan BMT bagi November dan Disember bernilai RM600 kepada hampir 320,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.

Katanya, kerajaan komited untuk terus memastikan kebajikan pekebun kecil getah di negara ini terjaga pada musim tengkujuh yang memberi kesan terhadap mata pencarian mereka itu.

"Justeru dengan bantuan itu, kerajaan berharap dapat meringankan beban peneroka yang terjejas dalam musim tengkujuh ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sabtu lalu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan BMT berjumlah RM9.7 juta bakal memanfaatkan 12,138 peneroka tanaman getah di seluruh negara.

Menurut FELDA dalam satu kenyataan, peneroka tanaman getah yang layak menerima bantuan itu ialah mereka yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA, mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah; serta mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.


Post a Comment

0 Comments