i-Bantuan : Bantuan wang tunai buat warga Malaysia yang berkelayakan

Bagi rakyat Terengganu yang ingin memohon bantuan yang diberikan oleh kerajaan Terengganu, anda perlu memohon melalui sistem i-Bantuan yang diwujudkan. Jom saya kongsikan cara memohon, semoga bermanfaat untuk semua.


APA ITU i-BANTUAN 

Sistem i-Bantuan merupakan satu website rasmi yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Terengganu untuk memudahkan rakyatnya membuat permohonan segala bantuan yang ditawarkan.

 


FUNGSI i-BANTUAN 

  1. Sistem i bantuan digunakan untuk permohonan Bantuan di bawah kerajaan Negeri Terengganu
  2. Sistem ini telah dihubungkan dengan Sistem Profil Rakyat Negeri Terengganu (PRT20) bagi kegunaan semakan maklumat pemohon
  3. Maklumat pemohon wajib ada di dalam PRT20 bagi melayakkan pemohon memohon melalui i Bantuan
  4. Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna i Bantuan sebelum mereka membuat permohonan
  5. Pendaftaran Pengguna ibantuan wajib menggunakan No Kad Pengenalan PEMOHON
  6. Borang Permohonan akan dicetak melalui sistem ini

 


SYARAT UTAMA I-BANTUAN 

Berikut adalah merupakan syarat i-Bantuan yang ditetapkan untuk pemohonan membuat permohonan:

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20).
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.

 


BANTUAN TERSEDIA KERAJAAN NEGERI 

Pada masa kini berikut adalah merupakan antara bantuan yang tersedia:

  1. Bantuan Ibu Tunggal
  2. Bantuan OKU
  3. Bantuan Pencen Rakyat
  4. Bantuan Dana Terengganu (i-Fitri)

NOTA: Sega bantuan yang diwujudkan oleh kerajaan Negeri Terengganu perlu dimohon melalui sistem i-Bantuan.


 


CARA DAFTAR i-BANTUAN 

Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda membuat pendafatran terlebih dahulu seperti berikut:


  1. Layari pautan i-Bantuan
  2. Klik pada Daftar
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan:
  4. No Kad Pengenalan Pemohon
  5. Katalaluan mudah diingati
  6. Isi semula Katalaluan yang sama
  7. Akhirnya sila Tekan DAFTAR
  8. Selepas

 


MASALAH BERKAITAN DAFTAR i-BANTUAN 

 Kebiasaanya akan berlaku beberapa situasi :


Situasi 1

Sekiranya maklumat pemohon tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan

Pemohon boleh MUAT TURUN Borang PRT20 atau boleh rujuk JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN untuk memperolehi borang PRT20 A & B

Pemohon wajib ISI semua Maklumat dlm Borang PRT20 A & B, Kemudian hantar terus kepada JPKK atau Pihak PKMD dalam tempoh permohonan

Selepas maklumat pemohon & keluarga diisi dalam Sistem PRT20, Pemohon kena ulang semula untuk daftar di dlm sistem iBantuan untuk mendaftar

Situasi 2

Pemohon Tidak Berjaya mendaftar kerana Pemohon BUKAN PENGUNDI TERENGGANU . Hanya Pemohon PENGUNDI berdaftar NEGERI TERENGGANU sahaja yang akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan

Sekiranya pemohon adalah pengundi berdaftar Negeri Terengganu, Pemohon boleh m erujuk kepada Pusat Khidmat DUN

Situasi 3

Pemohon BERJAYA mendaftar kerana Maklumat Pemohon ada dlm sistem PRT20.

Pemohon wajib ingat katalaluan (password) yang didaftarkan

 


CARA PERMOHONAN i-BANTUAN 

Pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan seperti berikut:


  1. Layari laman website i-Bantuan
  2. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik butang Mohon pada ruangan Bantuan yang anda inginkan.
  4. Baca syarat permohonan yang tertera dan klik Berikutnya.
  5. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang Semak.
  6. Isikan borang permohonan dengan lengkap.
  7. Klik butang Simpan dan Cetak.

Lengkapkan lampiran yang diperlukan.

 


CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN i-BANTUAN 

Setelah anda membuat permohonan, berikut adlaah merupakan cara untuk membuat semakan status permohonan anda:


  1. Layari laman website i-Bantuan
  2. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik pada semakan status permohonan.
  4. Status permohonan anda akan tertera


Sumber i-bantuan



Post a Comment

0 Comments