Bantuan RM500 KWSP Dikreditkan

Kerajaan akan menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 bagi ahli yang mempunyai simpanan di bawah RM10,000 dalam akaun pertama mereka.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion untuk diagihkan kepada hampir dua juta ahli berusia 40 hingga 54 tahun.

Menurutnya, selepas pandemik Covid-19 melanda negara, orang ramai mengorbankan wang simpanan mereka beberapa kali pada usia tua untuk memenuhi keperluan hidup semasa pandemik itu.


Bantuan Tambahan KWSP

Jumlah bantuan KWSP yang akan diberikan oleh Kerajaan :

  1. RM 500 secara One-Off

Siapa yang layak menerima Bantuan RM500 KWSP

  1. Ahli KWSP yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu.
  2. Ahli KWSP yang berumur diantara 40 hingga 54 Tahun
Maklumat lanjut
Anda boleh layari https://www.kwsp.gov.my/ untuk info lebih lanjut.


Post a Comment

0 Comments