Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 bagi Katergori Bujang & Keluarga

Hari Hari Kerja ! akan berkongsi dengan anda bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat ataupun BPR Fasa 2 akan dikreditkan ke akaun penerima yang layak, sila baca satu per satu agar anda tidak terlepas sebarang maklumat.



APAKAH ITU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)?

  1. Bantuan Prihatin Rakyat ataupun BPR adalah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.


SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)?

i.Pendapatan isi rumah bulanan kurang dari RM2,500 :-

  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM1,200
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM1,800

ii.Pendapatan isi rumah bulanan RM2,501 - RM4,000 :-

  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM800;
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM1,200

iii.Pendapatan isi rumah bulanan RM4,001 - RM5,000 :-

  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM500
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM750

Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang dari RM2,500 layak menerima terima RM350.

BILA PEMBAYARAN BPR FASA 2?

  1. Menurut kenyataan oleh LHDN ataupun Kementerian Kewangan menyatakan akan dikreditkan ke akaun penerima mulai Mei 2021. Dari maklumat yang diterima pembayaran BPR Fasa 2 ini agak berlainan kerana jumah pembayaran mengikut kategori Bujang , Isi Rumah dan bilangan anak dalam sebuah keluarga.
Anda boleh rujuk bawah ini adalah jumlah pembayaran yang akan diterima 


CARA SEMAK PERMOHONAN BPR  FASA 2

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
MAKLUMAT LEBIH LANJUT

Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau
Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.


Post a Comment

0 Comments