Bantuan Usahawan RM5,000 Sehingga RM 20,000 Tahun 2021, Semak Kelayakan & Cara Mohon

Hari Hari Kerja ! akan berkongsi berita baik buat usahawan yang berkategori B40. Yayasan akan memberi bantuan buat usahawan untuk keperluan modal dan bagi usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.


BANTUAN

  1. Pinjaman Tabung Usahawan ini menawarkan pinjaman yang menarik iaitu pinjaman tanpa faedah. Pinjaman yang akan ditawarkan adalah daripada RM5,000 hingga RM20,000. Ini sedikit sebanyak dapat membantu usahawan untuk lebih meluaskan perniagaannya


SYARAT KELAYAKAN

  1. Hanya perniagaan yang dijalankan menggunakan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan 
  2. Hasil barangan jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan sahaja yang layak untuk memohon.

Siapa yang tidak layak ?

  1. Urusniaga ternakan, perikanan dan pertanian (untuk usahawan baru).
  2. Urusniaga yang melibatkan pelaburan/Piramid/Skim Cepat Kaya/Perjudian.
  3. Perniagaan barang lusuh/kitar semula (mengikut pasaran semasa).
  4. Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi.
  5. Perniagaan bermusim .(tanah atau hartanah) dan seumpamanya.
  6. Kontraktor Pembinaan (binaan, eletrik, jalanraya, pengairan dan saliran dan lain-lain berkaitan).
  7. Pengubahsuaian premis, chalet, hostel dan yang berkaitan.


SYARAT PERMOHONAN

Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan oleh Yayasan Perak iaitu:

  1. Usahwaan berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
  2. Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  3. Bagi pemohon bekerja kerajaan/badan berkanun/syarikat GLC/Berhad/Sdn Bhd/Enterprise, hanya kakitangan kerajaan Gred 41 ke bawah dengan kebenaran Ketua Jabatan & pekerja dari syarikat swasta dengan surat pengesahan majikan (berpendapatan B40 ke bawah) sahaja layak memohon.
  4. Usahawan menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak (berpendapatan B40 dan ke bawah).
  5. Usahawan menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
  6. Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang.

CARA MOHON

  1. Mendapatkan borang permohonan di Pejabat Yayasan Perak/Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)/Pejabat ADUN/Pejabat Daerah/Pejabat Penghulu/laman web Yayasan Perak.
  2. Untuk melalui laman web Yayasan Perak, sila layari pautan berikut http://yayasanperak.gov.my/v5/muat-turun/.
  3. Klik bahagian ‘Muat Turun’ di Borang Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak.
  4. Muat turun borang permohonan tersebut.
  5. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  6. Sediakan dokumen yang perlu disediakan.
  7. Sila hantar borang permohonan dan dokumen yang disediakan kepada Yayasan Perak.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

Dokumen yang perlu disediakan dan dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon 3 keping dan tanggungan/waris) yang telah disahkan.
  2. Salinan Surat Perjanjian/Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah dan sebagainya yang telah disahkan.
  3. Salinan Daftar Niaga (SSM)/Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah disahkan.
  4. Lakaran Lokasi Perniagaan yang sah.
  5. Salinan Penyata Bank terkini bagi 3 Bulan yang telah disahkan.
  6. Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan- 3 keping/Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang telah disahkan.
  7. Sebutharga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.
  8. Perlu pengesahan pendapatan pemohon dari Penghulu.
  9. Salinan kad suntikan (bagi perniagaan makanan) yang telah disahkan.
  10. Untuk makluman, salinan dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penghulu/ MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung).



Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Perak ditalian 05-255 2929 atau berkunjung ke pejabat Yayasan Perak di alamat:


Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak),

Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,

No 111, Jalan Sultan Idris Shah,

30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan


Sumber :semakanonline


Post a Comment

0 Comments