Tarikh Pembayaran BPR Fasa 2 Mulai Mei Ini & Jumlah Baki Yang Akan Dikreditkan

APAKAH ITU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)?

Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.


BPR sudahpun diagihkan secara berperingkat mulai februari lalu, kini penerima mula tertanya-tanya bilakah BPR Fasa 2 mula dikreditkan 

Hari Hari Kerja ! akan berkongsikan info terkini mengenai BPR Fasa 2 untuk makluman kita bersama.

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini. BPR 2021 ini bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bayaran BPR dibuat dalam beberapa fasa dan Fasa 1 telah diagihkan bermula Februari lalu.

TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA 2

Menurut kenyataan daripada LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN), Kementerian Kewangan yang terkini, BPR Fasa 2 akan mula dikreditkan ke akaun penerima masing-masing mulai MEI 2021 ini

JUMLAH PEMBAYARAN BPR FASA 2

Untuk makluman anda, penerima bayaran BPR Fasa 1 telah menerima jumlah bayaran 
  1. Kategori Isi Rumah : RM300
  2. Kategori Bujang: RM150



BELUM MENERIMA PEMBAYARAN FASA 1 ?

Bagi yang masih belum menerima bayaran BPR Fasa 1 tempoh hari, penerima boleh membuat panggilan terus ke LHDN atau membuat semakan status secara online 

Ikuti langkah-langkah berikut :-
  1. 1. Layari portal rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  2. 2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. 3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. 4. Status bayaran atau permohonan akan dipaparkan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi BPR LHDNM di https://bpr.hasil.gov.my; atau hubungi LHDNM di talian 1-800-88-2747.

Sumber Sinarharian


Post a Comment

0 Comments