Pengecualian Baharui Lesen Memandu & Lesen Motor Dilanjut Hingga 31 Mei

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mengumumkan Pengecualian Memperbaharui Lesen Memandu (LM) & Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan pemilik persendirian dilanjutkan mulai 1 April hingga 31 Mei.

Walaubagaimana pun anda diingatkan untuk memastikan kenderaan memiliki perlindungan insurans yang masih sah.

SIAPA YANG LAYAK MENDAPAT PENGECUALIAN ?

  1. Individu yang Lesen Memandu ataupun Lesen Kenderaan Motor mereka tamat pada 1 Februari hingga 31 Mac 2021, hendaklah memperbaharui lesen mereka dalam tempoh 60 hari bermula 1 April hingga 31 Mei 2021.

  2. Manakala lesen yang tamat tempoh pada 1 April hingga 31 Mei 202, haruslah memperbaharui dalam tempoh 60 hari bermula pada 1 Jun hingga 31 Julai 2021.

SIAPA YANG TIDAK LAYAK ?

Pengecualian ini tidak layak buat pemilik kenderaan perdagangan & pemegang Lesen Vokasional iaitu GDL dan PSV.


Kenyataan Media  Menteri Pengangkutan Malaysia






Post a Comment

0 Comments