[TERKINI] Tarikh Pembayaran BPR 2 Mulai 7 Mei hingga 17 Mei Ini Semak Segera !

Menteri Kewangan Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz baru sahaja mengumumkan pembayaran BPR Fasa 2 pada hari ini.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di belanjawan 2021 bagi membantu golongan B40.

Terkini, Fasa 2 BPR akan menyusul untuk memanfaatkan jumlah penerima yang sama, iaitu merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) & 3.8 juta individu bujang.


Dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150Kini pembayaran kepada penerima adalah antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima.


TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA 2

Pembayaran BPR Fasa 2 akan mulakan pada :-
  1. Mulai 7 Mei - 12 Mei :- Bagi kategori Isi Rumah, Warga Emas & Individu Bujang

  2. 17 Mei :- Bagi Kategori Penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk (Sabah & Sarawak)

SEMAKAN STATUS KELULUSAN BPR BOLEH DIBUAT MULAI 7 MEI 2021

Ikuti langkah-langkah berikut :-

  1. 1. Layari portal rasmi BPR LHDNM,https://bpr.hasil.gov.my

  2. 2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.

  3. 3. Tekan butang ‘Semak Status’

  4. 4. Status bayaran atau permohonan akan dipaparkan.


KENYATAAN MEDIA MENTERI KEWANGAN


TARIKH BUAT RAYUAN

Bagi yang betul-betul bekelayakan tetapi gagal anda boleh membuat rayuan dan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.


Post a Comment

0 Comments