Cara Mohon Jawatan Guru portal mySPP


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal membuat pengambilan khas secara one-off melibatkan sejumlah 18,702 guru bagi gred DG41 yang turut dibuka kepada graduan bukan bidang pendidikan bagi mengatasi isu kekurangan guru di negara ini.



Iklan jawatan guru 18,702 Pengambilan KLIK SINI


Daftar Akaun mySPP Online

Cara untuk daftar mySPP secara online adalah dengan, layari laman Web Rasmi mySPP

KLIK SINI

Kemudian, klik butang Daftar Akaun seperti yang tertera pada gambar di bawah ini.

Selepas anda klik, borang pendaftaran akan dipaparkan dan isikan semua maklumat yang diminta pada borang berkenaan.


Isi maklumat anda dengan lengkap dan sediakan dokumen yang diperlukan, bagi yang sudah mempunyai akaun mySPP anda boleh terus login dan mohon jawatan tersebut.


Soalan Lazim

1. Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP?

– Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:


  1. Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19.
  2. Penyelia Asrama Gred N19.
  3. Pembantu Pengurusan Murid Gred N19.
  4. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19.
  5. Pembantu Makmal Gred C19.
  6. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19.
  7. Pembantu Operasi Gred N11.
  8. Pemandu Kenderaan Gred H11.


2. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut?

Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my


3. Bilakah iklan jawatan kosong SPP akan disiarkan?

SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain.

SPP akan menyiarkan iklan sepanjang masa di portal rasmi mySPP.

Oleh dengan itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain yang berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.

Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.


4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di JobsMalaysia?

Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP.

Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian.

Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.


5. Saya telah membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia dan SPP telah mengesahkan permohonan jawatan saya, adakah maklumat permohonan jawatan tersebut ada disimpan dalam mySPP?

Ya.

Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP.

Walau bagaimanapun, anda masih perlu mendaftar akaun baharu di mySPP bagi tindakan selanjutnya.


Maklumat Lanjut

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang pendaftaran, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi

Talian Hotline mySPP : 03-8893 4019 / 4020 / 4021 / 4022

Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) sila isikan maklumbalas di SINI.

Alamat surat-menyurat: Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya.



Post a Comment

0 Comments