Wujudkan i-Sinar Plus Untuk Bantu Rakyat

Berikutan masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam keadaan pandemik, kerajaan disarankan mewujudkan  i-Sinar Plus bagi membantu rakyat

Menurut Datuk Azhari Shaari, perkara itu perlu susulan ramai  warga  Shah Alam yang memberitahu mereka tiada pendapatan  setelah syarikat tempat kerja mereka tidak boleh beroperasi.

“Bulan lepas bayaran i-Sinar terakhir telah diterima dan bulan ini ramai yang menggigit jari.

“Kereta perlu dibayar, sewa perlu diselesai tetapi kerja tiada, duit pun tiada. Inilah masalah apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lockdown berkuat kuasa tanpa ada sokongan kewangan baharu,” kata Azhari dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas demikian mengenai masalah rakyat di bandaraya yang menghadapi masalah kos sara hidup ketika negara berdepan krisis kesihatan.

Menurut beliau, kerajaan wajar memperkenalkan i-Sinar Plus atau 2.0 untuk memastikan rakyat yang  bergaji secara hari dapat menyambung nafas.

Sementara itu, Pengerusi pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), 99 Kebajikan Insan Selangor(Kesan), Muhd.Ali Zakariah mencadangkan agar rakyat yang terkesan diberi bantuan kewangan mengikut saiz keluarga masing-masing.

Sumber: Utusan

Share & viralkan agar pihak atasan peka dengan perkara ini.


Post a Comment

0 Comments