GKP 3.0 : Tambahan Sebanyak RM1,500 Semak Kelayakan & Cara Mohon

Perdana Menteri pada telah mengumumkan Pakej Bantuan PKP 3.0 ataupun PEMERKASA PLUS dengan tiga matlamat iaitu untuk mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan, sebanyak 40 Billion Ringgit peruntukkan yang akan diberikan oleh kerajaan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban oleh masyarakat dan sektor-sektor ekonomi yang terjejas.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) pada 31 Mei 2021, berkata kerajaan menambah kadar GKP daripada RM1000 sebelum ini kepada RM1,500 bagi memastikan kelangsungan perniagaan khususnya buat PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka.

Hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima 1,000 ringgit pada pertengahan bulan Jun dan 500 ringgit lagi akan disalurkan pada bulan Julai


APA ITU GKP ?

Geran Khas Prihatin 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,500 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.



PERBEZAAN GKP Tambahan & GKP 3.0
  1. GKP Tambahan merupakan inisiatif yang diumumkan dibawah PERMAI manakala GKP 3.0 pula program di bawah PEMERKASA dan PEMERKASA+

  2. Dari segi kelayakan, GKP Tambahan adalah peruntukan kepada semua PKS mikro yang diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0. Sementara GKP 3.0 perlu memenuhi beberapa syarat dan kriteria PKS Mikro. Untuk permohonan baharu yang tidak lulus atau tidak pernah menerima GKP sebelum ini, permohonan dibuka mulai 1-15 April 2021. Makanakal penerima GKP 1.0 dan 2.0 akan menerima secara automatik dibawah peruntukan GKP 3.0.

  3. Jumlah bayaran GKP Tambahan adalah RM1,000 untuk negeri PKP dan RM500 untuk negeri bukan berstatus PKP. Manakala bagi GKP 3.0, semua PKS mikro akan menerima pembayaran sebanyak RM1,500 (berdasarkan pengumuman terkini Perdana Menteri pada 31 Mei 2021).

  4. Tarikh bayaran GKP Tambahan adalah pada 25 Mac – 31 Mac 2021 sementara tarikh bayaran GKP 3.0 akan disalurkan pada Jun 2021 (RM1000) dan Julai (RM500).

JUMLAH BAYARAN GKP 3.0

Kelayakan dan nilai bantuan adalah seperti berikut:

  1. Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 : RM1,500
  2. Lulus permohonan baharu GKP 3.0 :  RM1,500

SYARAT KELAYAKAN GKP 3.0
Mereka yang memohon GKP 3.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut: 
  1. Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini; dan 
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan 
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut: 
                 i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan 
                ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk                                   pemilik;  

  1. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut; 
                i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28                              Februari 2021; atau 
               ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)                          sebelum atau pada 28 Februari 2021; dan 

  1. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

CARA MOHON GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Cara untuk memohon GKP adalah secara atas talian (online) melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM iaitu:



CARA SEMAK STATUS PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)


TARIKH PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Manakala pengumuman terkini Perdana Menteri pada 31 Mei 2021 memaklumkan pembayaran GKP 3.0 akan dilakukan secara dua peringkat

Jun 2021 = Sebanyak RM1000
Julai 2021 = Sebanyak RM500


GKP FASA PERTAMA JUN SUDAH DIKREDITKAN SEBANYAK RM 1,000    

GKP FASA KEDUA MULAI JULAI INI SEBANYAK RM 500 SUDAH MULA DIKREDITKAN 
Semak akaun bank anda, pembayaran akan dibayar secara berperingkat mengikut bank masing-masing .






Post a Comment

0 Comments