PERMOHONAN MORATORIUM UNTUK B40, M40, PKS DAN GOLONGAN YANG TERJEJAS

Perdana Menteri pada telah mengumumkan Pakej Bantuan PKP 3.0 ataupun PEMERKASA PLUS dengan tiga matlamat iaitu untuk mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan, sebanyak 40 Billion Ringgit peruntukkan yang akan diberikan oleh kerajaan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban oleh masyarakat dan sektor-sektor ekonomi yang terjejas.


KATEGORI 1 :

  1. Individu hilang pekerjaan
  2. Penerima BSH / BPR (B40)
  3. PKS / perusahaan mikro yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP
  4. Perusahaan Mikro – kemudahan pinjaman yang diluluskan sehingga RM150,000 (seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp)


Jenis Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:

  1. Moratorium selama tiga bulan; ATAU
  2. Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.


KATEGORI 2 :

  1. Individu M40 & T20 yang mengalami pengurangan pendapatan (semua peminjam) – Termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah

Jenis Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:

Pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurang

Berikut Cara Permohonan yang telah di tetapkan oleh Bank-bank yang berkenaan :-


MAYBANK

i) Lanjutan Moratorium Maybank Untuk B40

Program Bantuan Bayaran Balik atau Targeted Repayment Assistance (TRA) Maybank adalah pakej yang merangkumi pelbagai pilihan untuk meringankan beban kewangan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan yang berkurangan akibat daripada Covid-19.


Bantuan ini disasarkan untuk membantu pelanggan B40 dan PKS mikro.

Pelanggan yang layak boleh memilih untuk:

  1.  Pilihan 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
  2.  Pilihan 2: Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan

Syarat Permohonan

Pelanggan individu yang layak bagi moratorium automatik seperti diumumkan pada 31 Mei 2021 adalah Individu B40 yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)


ii) Bantuan Bayaran Balik Untuk M40

Bagi pelanggan M40 yang terdaftar di pangkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang pendapatan isi rumahnya dipengaruhi oleh wabak, pihak Maybank juga telah mempermudah proses permohonan di mana hanya dokumen pembuktian atau self-declaration yang diperlukan untuk proses permohonan.


JENIS PINJAMAN DIBENARKAN MORATRIUM PKP 3.0

Berikut ialah senarai pinjaman yang dibenarkan:

Mortgage, Education, ASB, SME Loan / Financing

  1. Pinjaman rumah / perumahan (mortgage)
  2. Pinjaman pelajaran (education)
  3. Pinjaman ASB (ASB financing)
  4. Pinjaman perniagaan SME (SME Loan / Financing)

Hire Purchase

  1. Pinjaman kenderaan

Personal Loan / Financing

  1. Pinjaman peribadi

Credit Card

  1. Hutang kad kredit

Contoh dokumen tersebut termasuklah:

  1. Untuk pelanggan dalam penggajian : slip gaji 1 bulan yang terkini
  2. Untuk pelanggan bekerja sendiri :- Sekiranya akaun utama anda di Maybank, dokumen tidak diperlukan

– Sekiranya akaun utama anda di bank lain, penyata bank 3 bulan yang terkini diperlukan


  1. Surat tamat perkhidmatan / berhenti kerja dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda.
  2. Surat pemotongan gaji dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda.


1. Untuk membuat permohonan, sila layari laman web Maybank: https://www.maybank2u.com.my/

2. Klik COVID-19 Assistance

3. Pilih Kategori berdasarkan kelayakan anda

• Untuk B40 (TRA – Targeted Repayment Assistance)

• Untuk M40 (RA – Repayment Assistance)

4. Klik ‘Send email for TRA’ atau ‘Send email for RA’ atau e-melkan terus permohonan beserta dokumen sokongan ke weassist@maybank.com

5. Keputusan akan dimaklumkan dalam masa 5 hari setelah pihak Maybank menerima permohonan berserta dengan dokumen yang lengkap.

6. Keputusan akan dimaklumkan kepada anda melalui panggilan telefon atau e-mel atau SMS.





Untuk memohon dan Semakan Kelayakan, permohonan bagi setiap bank di Malaysia yang BOLEH Di MOHON SECARA ONLINE dan telah mengemaskini borang permohonan moratorium adalah seperti berikut:

    1. Moratorium Maybank : KLIK SINI
    2. Moratorium Bank Rakyat => KLIK SINI
    3. Moratorium Bank Islam : KLIK SINI
    4. Moratorium CIMB => KLIK SINI
    5. Moratorium BSNKLI KSINI
    6. Moratorium Public Bank => KLIK SINI
    7. Moratorium Ambank => KLIK SINI
    8. Moratorium RHB => KLIK SINI
    9. Moratorium Affin Bank => KLIK SINI
    10. Moratorium MBSB => KLIK SINI
    11. Moratorium Bank Muamalat => KLIK SINI
    12. Moratorium HSBC Bank => KLIK SINI
    13. Moratorium Kuwait Bank => KLIK SINI
    14. Moratorium CitiBank => KLIK SINI
    15. Moratorium Alliance Bank => KLIK SINI
    16. Moratorium AgroBank => KLIK SINI
    17. Moratorium Hong Leong Bank => KLIK SINI
    18. Moratorium SME Bank => KLIK SINI
    19. Moratorium Standard Chartered Bank => KLIK SINI
    20. Moratorium Al Rajhi Bank => KLIK SINI
    21. Moratorium UOB Bank => KLIK SINI
    22. Moratorium OCBC Bank => KLIK SINI
Sumber : semakan.online,semakanterkini


Post a Comment

0 Comments