PEMULIH : Diskaun Elektrik Sebanyak 5% sehingga 40%

Bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

"Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan ia akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan depan," katanya dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini.

Muhyiddin berkata, selain itu, bagi sektor ekonomi yang terjejas khususnya pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan, dilanjutkan tiga bulan lagi diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi bil Oktober hingga Disember 2021.

Katanya, dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion.

Sumber : Harian Metro


Post a Comment

0 Comments