PEMULIH : Moratorium Enam Bulan Kepada Semua Peminjam, Semak Cara Mohon Untuk Setiap Bank
Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kata Muhyiddin, tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021.
“Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.
“Saya berharap inisiatif moratorium ini dapat sedikit sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini. Walau bagaimanapun, saya juga ingin berpesan gunalah tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain,” katanya.
Kata Muhyiddin, kerajaan faham keresahan rakyat pada masa ini dengan ramai yang terjejas dan ini bukanlah melibatkan golongan B40 sahaja.
“Saya banyak mendengar dan membaca rintihan yang sama daripada golongan M40 dan T20 yang turut mengalami peningkatan tanggungan kerana mereka juga membantu ahli keluarga atau saudara-mara yang terjejas akibat Covid-19,” katanya.
CARA MOHON MORATORIUM
KATGEORI LAYAK
Semua individu (B40, M40 dan T20) , perusahaan mikro & PKS
Bagi semua peminjam anda boleh membuat permohonan,
CARA MOHON MORATRIUM 6 BULAN
Untuk mendapatkan bantuan ini, sila hubungi bank anda mulai 7 Julai 2021.
- Layari laman sesawang bank anda untuk mengetahui cara memohon melalui borang web, e-mel, atau panggilan telefon.
- Isi butiran peribadi dan butiran pembiayaan anda.
- Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman.
- Bank anda akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari kalendar (untuk individu) atau 14 hari kalendar (untuk perusahaan mikro dan PKS).
- Jika anda menghadapi kesukaran berurusan dengan pihak bank, atau anda tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh menghubungi BNMTELELINK atau mengisi borang web bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan.
Peminjam yang mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman mereka boleh terus berbuat demikian. Menyambung bayaran balik pinjaman akan memberi manfaat kepada mereka kerana tindakan itu boleh mengurangkan keseluruhan kos pinjaman.
Klik link dibawah untuk rujuk cara-cara mohon mengikut bank masing-masing :-
SINI : https://www.hariharikerja.com/2021/06/permohonan-moratorium-pkp-30-untuk-b40.html
Post a Comment
0 Comments