Bantuan Khas Kematian COVID-19 RM5,000 Cara Mohon & Borang Permohonan


Bantuan terkini yang telah diumumkan iaitu Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, merupakan bantuan one-off  RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19)

Ikuti perkongsian kami dibawah.

Siapakah Yang Boleh Memohon ?

  1. Hanya waris si mati bagi kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia di malaysia sahaja yang boleh memohon bantuan khas ini.
  2. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih dari satu permohonan dikemukakan oleh waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama yang diterima. Urusan sesama pemohon/waris adalah tanggungjawab pemohon/waris sendiri.


Syarat-Syarat Kelayakan

  1.  Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
  2.  Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia di Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati.
  3.  Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja. Urusan sesama pemohon/waris adalah tanggungjawab pemohon/waris sendiri.


Kadai Bantuan

  1. Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, merupakan bantuan one-off sehingga kadar maksima RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).


Cara Mohon

1. Mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.

• Borang Permohonan (Lampiran A) yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19

• Salinan Sijil Kematian

• Salinan Kad Pengenalan si mati

• Salinan Kad Pengenalan pemohon (waris si mati)

• Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)


2. Hantar permohonan yang lengkap melalui pos / email / whatsapp (pilih salah satu) ke NADMA:-

➢ Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),

Jabatan Perdana Menteri,

Aras 7, Blok D5, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

➢ Alamat E-mel rasmi

bkcovid19@nadma.gov.my

➢ Whatsapp  *hanya untuk penghantaran dokumen sahaja.pertanyaan dan panggilan tidak akan dijawab

+60 11-1321 8056


Dokumen Diperlukan

Borang Permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 seperti di Lampiran A yang lengkap diisi dan disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkatian COVID-19.

Borang Permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid 19 Nadma

  1. Salinan Sijil Kematian atau apa-apa dokumen perakuan kematian seperti permit menguburkan (mengambil kira kesukaran pengerakkan dan waktu operasi pejabat-pejabat yang berkaitan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan).
  2.  
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  4.  
  5. Salinan Kad Pengenalan Si Mati.
  6. Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.

Baca Juga 

  1. Cara Mohon & Borang Bantuan Kanak-Kanak Rm1000 Setiap Bulan

Tarikh Dikreditkan

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.





sumber : NADMA 


Post a Comment

0 Comments