i-Citra Sudah Boleh Buat Semakan Mulai 16 Julai 2021

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.


AHLI YANG LAYAK MEMOHON

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?
  1. Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.



AMAUN PENGELUARAN YANG LAYAK DIKELUARKAN
  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)






Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)


TARIKH PERMOHONAN I-CITRA 
  1. Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Bagi ahli yang sudah memohon i-Lestari dan i-Sinar juga boleh memohon i-Citra
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Ahli boleh menyemak terlebih dahulu baki akaun KWSP anda sebelum membuat pengeluaran, Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  1. i-Akaun (Ahli)
  2. Aplikasi mudah alih i-Akaun
  3. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

SEMAK BAKI & JUMLAH KELAYAKAN PENGELUARAN ANDA DI I-AKAUN

Cara Daftar i-Akaun untuk Semak Baki Akaun 1 & 2 dan Kelayakan Pengeluaran ( Daftar Secara Online & Email ) KLIK SINI


CARA BUAT SEMAKAN
Pemohon sudah boleh mula membuat semakan mulai 16 Julai 2021, sila layari https://icitra.kwsp.gov.my/ untuk membuat semakan 

TARIKH PEMBAYARAN 
Ahli yang sudah membuat permohonan dan layakan akan mula menerima pembayaran pada bulan Ogos 2021.

CARA MOHON

Ikuti langkah-langkah permohonan dibawah 

1 - Layari 
https://icitra.kwsp.gov.my/
2 - Masukkan nombor Mykad / MyPR dan lain-lain
3 - Pilih kod nombor telefon bimbit yang tersenarai.
4 - Masukkan nombor telefon bimbit yang aktif.
5 - Tekan butang TERUSKAN
6 - Tunggu nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi.
7 - Masukkan nombor OTP tersebut.
8 - Tekan butang SAHKAN OTP
9 - Jawab soalan keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan.
10 - jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Citra.
11 - Langkah 1 : Amaun Pilihan, amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000.
Anda akan dapat lihat amaun kelayakan keseluruhan yang anda boleh keluarkan
Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.
Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum iaitu RM 5,000, tarik slider ke hujung sebelah kanan
12 - Langkah 2 : Jadual bayaran. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan anda.
Anda boleh gerakkan slider yang bulat ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah bayaran untuk bulan pertama
Setelah pilih bayaran bulan pertama, anda akan dapat lihat bayaran bulan seterusnya iaitu :
Bayaran bulan kedua, ketiga, keempat dan kelima
Tekan butang teruskan.
13 - Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan
Isikan nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
Isikan nombor MyKad
Isikan nombor telefon bimbit
Isikan alamat email
Isikan alamat rumah
Isikan poskod
Isikan bandar
Pilih negeri
14 - Teruskan cara mohon i-Citra ini dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran
Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra online.
Masukkan nombor akaun bank (Simpanan/Semasa) yang dipilih tadi
Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif dan tiada ada sebarang kesalahan.
Tekan butang teruskan.
15 - Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan & Pembayaran
Tick kotak Peralaun Terma & Syarat untuk persetujuan
Tick saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran online
Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan.
Contohnya, gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi.
Jika tidak ada gambar, klik langkau
Pastikan pilihan semua selesai
Klik hantar.
16 - Pastikan keluar paparan yang tertulis "Terima Kasih <nama penuh>. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>.
17 - Tekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan i-Citra anda.
18 - Permohonan baru pengeluaran i-Citra tanpa i-Akaun kini sudah selesai.












Post a Comment

0 Comments