Permohonan Agihan Zakat Khas RM300 Secara One-Off

Permohonan bantuan khas zakat kedah melalui Skim Agihan Khas Zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sudah dibuka kepada golongan asnaf di negeri ini.

Ia bertujuan meringankan asnaf yang terjejas pendapatan  dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka.

Syarat Bantuan Zakat :

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun.
  3. Pendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM 2,000.00 sebulan (Gaji Kasar).
  4. Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggungan.
  5. Bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Jumlah Bayaran Zakat yang diterima
  1. Permohonan yang layak akan menerima zakat berjumlah RM300 secara ‘one-off’ atas ketua keluarga. 

Tarikh permohonan ini dibuka 
  1. Permohonan ini dibuka bermula dari 18 Julai 2021 hingga 08 Ogos  2021 selama 3 minggu sahaja

Cara Memohon
  1. Mereka yang ingin memohon bantuan khas zakat negeri Kedah ini hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) melalui laman; 



Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi yang berada di bawah tanggungan seperti kategori berikut;




KATEGORI STATUS
Suami - Jika berkahwin
Isteri   -  Jika bercerai (cerai hidup/cerai mati)
Isteri   -  Jika ditinggalkan suami tanpa nafkah
Anak   -  Jika ibu bapa uzur terlantar sakit.

Berapa buah keluarga yang menerima bantuan ini ?
  1. Agihan Khas Zakat ini akan memberi manfaat kepada 40 ribu keluarga asnaf yang terjejas pendapatan.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang Persoalan Boleh Hubungi Nombor Di Bawah:
Ibu Pejabat dan Pejabat Zakat Daerah Lembaga Zakat Negeri Kedah.

  1. Ibu Pejabat : 019-4181740
  2. Baling : 04-470 2428/  013-4529155
  3. Bandar Baharu : 04-407 9670/ 019-4738255
  4. Kota Setar : 04-731 8005/ 019-5739155
  5. Kubang Pasu : 04-917 1561/ 019-4967255
  6. Kuala Muda : 04-441 1881/ 019-4122155
  7. Kulim : 04-490 0873/ 019-5732155
  8. Langkawi : 04-966 0179/ 019-4753155
  9. Padang Terap : 04-786 6239/ 019-5172155
  10. Pendang : 04-759 4515/ 019- 4123155
  11. Pokok Sena : 04-782 1513/ 019-518 6155
  12. Sik : 04-469 5895/ 019-4104255
  13. Yan : 04-468 3482/ 019-4804155
BACA JUGA

Bagi negeri-negeri lain kami akan update dari masa ke semasa ikuti group dibawah untuk ikuti perkembangan 

sumber : FB,bantuanrakyat


Post a Comment

0 Comments