Cara Mohon Temujanji KWSP Di Kaunter Cawangan Seluruh Malaysia



Rancang janji temu anda dengan mudah dalam talian
Kami sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan ahli dan majikan. Melalui Janji Temu Online, anda boleh membuat janji temu secara dalam talian dengan lebih awal untuk berurusan di kaunter KWSP untuk perkhidmatan yang disediakan.


A. Operasi Kaunter Perkhidmatan KWSP
  1. Mulai 01 Julai 2020, Kaunter Perkhidmatan KWSP beroperasi sepenuhnya menggunakan konsep janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian menerusi Janji Temu Online. Hanya ahli yang membuat Janji Temu online dapat berurusan di kaunter KWSP.
 

Permohonan janji temu yang boleh dibuat melalui:
  1.  Laman Web KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online; atau

  2. Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk membuat permohonan janji temu.

B. Waktu Operasi
 
Kaunter
  1. 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja *.
Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)
  1. Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) ditawarkan bermula pada 29 Julai 2020.
  2. 9.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja sahaja *.



C. Perkhidmatan Yang Ditawarkan
 
Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)

  1. Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan)
  2. Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri)
  3. Perundingan Caruman Sukarela (i-Suri)
  4. Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Simpanan Tambahan)
  5. Perundingan Produk & Perkhidmatan KWSP (Pengeluaran Umur 50 / 55 / 60  & Simpanan Melebihi RM1 JUTA)
  6. Perundingan Perancangan Persaraan
  7. Perundingan Perancangan Kewangan (Termasuk i-Invest dan Simpanan Shariah)
*Perkhidmatan Perundingan kami adalah PERCUMA
 

Kaunter
  1. Pengeluaran
  2. Pendaftaran
  3. Aduan Majikan Gagal Mencarum
  4. Lain-lain Perkhidmatan
Selain itu, Ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian i-Akaun (Ahli) untuk membuat permohonan pengeluaran dengan melayari pautan ini https://www.hariharikerja.com/2021/07/kwsp-cara-daftar-i-akaun-untuk-semak.html


Konsep Janji Temu Online

  1. Janji Temu Online adalah platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih oleh Ahli.




Anggaran Amaun Pengeluaran Bagi Pengeluaran Umur 50 Tahun, 55 Tahun, 60 Tahun dan Simpanan Melebihi 1 Juta
  1. Ahli perlu memasukkan jumlah anggaran amaun pengeluaran di ruangan “Jumlah Anggaran Pengeluaran” semasa membuat permohonan Pengeluaran Umur 50 Tahun, 55 Tahun, 60 Tahun dan Simpanan Melebihi 1 Juta melalui Janji Temu Online.
Nota : Sekiranya Ahli tidak pasti akan jumlah baki simpanan dan amaun yang boleh dikeluarkan, Ahli boleh meletakkan ‘000’ pada ruangan amaun pengeluaran. Pegawai kami akan membantu menyemak jumlah sebenar pengeluaran semasa Ahli hadir ke kaunter yang dipilih untuk mengemukakan permohonan pengeluaran.


Tempoh Untuk Membuat Permohonan Melalui Janji Temu Online
  1. Ahli KWSP boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 30 hari kalendar dan selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.

Ilustrasi :
  1. Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 10.00 pagi, Ahli boleh memilih slot janji temu seawal jam 11.00 pagi pada hari yang sama untuk hadir ke cawangan KWSP tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.
  2. Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 4.00 petang, Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP seawal jam 8.30 pagi hari Rabu tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.


Jumlah Ahli Berurusan Dalam Satu Janji Temu
  1. Hanya seorang Ahli sahaja dibenarkan berurusan dalam satu-satu janji temu.

Ilustrasi :
Sekiranya Ahli ingin berurusan di cawangan KWSP bersama Pasangan atau Ahli Keluarga yang lain, tempahan untuk mendapatkan slot janji temu perlu dibuat secara berasingan.



Pengesahan Permohonan Janji Temu Online
  1. Ahli yang telah membuat permohonan melalui Janji Temu Online akan menerima notis pengesahan permohonan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai peringatan berdasarkan alamat e-mel dan nombor telefon yang didaftarkan semasa membuat permohonan.

Kehadiran Ahli Di Cawangan KWSP Pada Tarikh Janji Temu
  1. Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.

  2. Selain itu, ahli juga dinasihatkan agar mematuhi saranan pihak Kerajaan Malaysia dengan menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan menggunakan hand sanitiser.

  3. Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR yang tertera pada pintu masuk utama premis KWSP menggunakan aplikasi MySejahtera.

Permohonan Untuk Menukar Tarikh Atau Membatalkan Janji Temu
  1. Ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 2 jam sebelum tarikh yang ditetapkan.

  2. Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Lewat hadir dan ketidakhadiran Ahli pada masa janji temu
  1. Jika Ahli lewat hadir atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu yang dibuat akan terbatal dan Ahli perlu membuat permohonan semula melalui Janji Temu Online.
BACA JUGA :


Post a Comment

0 Comments