Panduan Kelonggaran SOP Bagi Individu Yang Lengkap 2 DOS


Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diberikan kepada penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 pada Ahad, sudah tentu melegakan r akyat.

Bagaimanapun, kebenaran itu hanya terpakai buat penerima dos lengkap yang melepasti hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua (Vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac).

Manakala bagi penerima vaksin satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino) perlu melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan.
Ini perkara yang anda perlu tahu dalam pengumuman Perdana Menteri itu.
1. Untuk semua negeri dalam PPN:
  1. - Pengembara warganegara/bukan warganegara termasuk Pemastautin Tetap atau peserta Malaysia MY Second Home) dan lengkap vaksin dibenar kuarantin wajib di rumah guna HSO digital.
  2. - Pasangan jarak jauh (PJJ) lengkap dua dos dibenarkan rentas daerah dan negeri bertemu pasangan masing-masing.
  3. - Ibu bapa lengkap dua dos dibenar rentas daerah/negeri berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.
  4. - Aktiviti solat di masjid dan surau dibenarkan untuk penerima lengkap dua dos vaksin sahaja. (Juga terpakai bagi rumah ibadah bukan Islam.)


2. Aktiviti sosial untuk negeri Fasa 2 dan 3 PPN:
  1. - Rentas daerah dibenarkan, hanya tunjuk sijil digital vaksin lengkap kepada pasukan penguatkuasa di sekatan jalan raya.
  2. - 'Dine-in' di restoran, kedai makan, club house dibenarkan. Pelanggan perlu tunjuk sijil digital vaksin lengkap.
  3. - Pengusaha premis kedai makan diminta menyediakan lebih banyak ruang makan di bahagian luar premis bagi memastikan pengudaraan lebih baik.
  4. - Anak di bawah 17 tahun boleh dibawa 'dine-in' tetapi perlu mematuhi SOP ketat.
  5. - Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan dibenarkan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.
  6. - Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house tidak dibenarkan.
  7. - Jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya dibenarkan.
  8. - Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan melibatkan 'homestay' dan hotel untuk penerima lengkap dua dos vaksin.
Fasa 1 PPN: Kedah, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Fasa 2 PPN: Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah
Fasa 3 PPN: Perlis, WP Labuan, Sarawak
Fasa 4 PPN: Tiada Negeri


Post a Comment

0 Comments