Permohonan Bantuan Am Negeri Sehingga RM350 Setiap Bulan

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.



KADAR

  1. Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga


OBJEKTIF

  1. Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.


SYARAT KELAYAKAN

1.  Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
2.  Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan

     (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin 

      Per Kapita Semasa;

3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan    

    bulanan JKM lain;

ATAU

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.


CARA MEMOHON

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat :

  1. Daerah
  2. Jajahan
  3. Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat seperti :

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  4. Salinan penyata gaji (jika ada),
  5. lain-lain dokumen yang berkaitan.
BORANG PERMOHONAN

JKM 18 (BORANG PERMOHONAN) & JKM 20 (KAJI SEMULA BANTUAN)

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk maklumat lanjut sila ke pejabat JKM yang berdekatan ataupun layari lama web rasmi JKM


Post a Comment

0 Comments