Permohonan Rumah Golongan B40 Gaji Rm1,000 Boleh Mohon



Pada Belanjawan 2021, kerajaan telah membuka permohonan Rumah Mampu Milik untuk Golongan B40 atau TEDUH.

Program ini memudahkan rakyat untuk memiliki rumah impian ataupun ingin menyewa rumah walaupun sukar mendapat kelulusan daripada pihak bank.

Bagi yang tidak tahu terdapat beberapa program TEDUH yang dilaksanakan iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Program Perumahan Rakyat (PPR), PR1MA, PPAM dan Rumah Transit.

Ikuti perkongsian kami dibawah.

SENARAI SKIM PERUMAHAN

Antara skim bantuan yang ditawarkan ialah :

1. Skim Rumah PPR
Program Perumahan Rakyat atau ringkasnya PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Ianya terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR DISEWA dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia manakala RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.



2. Skim Rumah Transit
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua tahun.


3. Skim SPP
SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri, baca selanjutnya>>>

4. Skim MyHome
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau dikenali sebagai MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada para pembeli rumah dan pemaju swasta.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Skim PPR
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
  6. Warganegara Malaysia
  7. Telah berkahwin
  8. Berumur antara 18 hingga 30 tahun
  9. Tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  10. Bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  11. Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  12. Tiada rekod jenayah

Skim SPP
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 hingga 70 tahun
  3. Bekerja dan mempunyai pendapatan
  4. Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  5. Belum mempunyai rumah
  6. Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
  7. Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

Skim MyHome
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK.
  4. Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
Dokumen sokongan untuk permohonan MYHOME :
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  3. Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  4. Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  5. Salinan surat pengesahan majikan
  6. Salinan penyata gaji terbaru
  7. Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  8. Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
  9. Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  10. Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan
CARA PERMOHONAN


1. DAFTAR AKAUN
  1. Daftar akaun menerusi laman web https://sprn.kpkt.gov.my
  2. Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. 
  3. Seterusnya, klik butang daftar


2. BUAT PENGESAHAN
  1. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.
  2. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda.
3. LOG MASUK
  1. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan pada ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut.
4. PILIH SKIM PERUMAHAN
  1. Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim.
  2. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’.


5. MAKLUMAT PEMOHON
  1. Klik pautan maklumat pemohon
  2. Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.
6. PILIH PROJEK
  1. Klik pautan Projek untuk memohon projek.


7. DOKUMEN SOKONGAN
  1. Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan permohonan.
8. PENGESAHAN
  1. Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian:
Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanAras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya
Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200Emel: teduh@kpkt.gov.my
MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400


Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan


Post a Comment

0 Comments