BPR Fasa 3 Sudah Mula Dikreditkan Secara Berperingkat Semak Status Anda


Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa Tiga dan rayuan BPR, akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula Selasa ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran secara berperingkat itu dijangka selesai pada 30 September ini.


Beliau berkata, pembayaran itu akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan, membabitkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.


"Bagi Fasa Tiga, setiap penerima bakal memperoleh hingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR pula akan menerima hingga RM2,300, termasuk bayaran BPR tambahan bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai hingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing, iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah serta bilangan anak.

"Pembayaran Fasa Tiga ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diperoleh penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




Baki Bayaran BPR Fasa 3
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:


KADAR BAYARAN BPR FASA KETIGA

Kategori Isi Rumah berpendapatan RM5000 ke bawah: RM100-RM1100 (Bergantung kepada bilangan anak)

Sila rujuk jadual berikut untuk perincian pembayaran:





CARA BUAT SEMAKAN

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
  5. Jika tertulis ‘Permohonan Diterima’, sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ seperti dalam gambar di bawah.

Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna duit akan masuk tak lama lagi.

Gagal Kredit’ = bermakna akan diberi nombor baucer untuk dituntut di BSN secara tunai

BPR FASA 3 SUDAH MULA DIKREDITKAN 

Semak status BPR anda atau akaun bank anda, pembayaran akan dikreditkan secara berperingkat




Post a Comment

0 Comments