Permohonan YesPrihatin Percuma Telefon Pintar & 30GB Setiap Bulan Untuk Golongan B40



Program Jaringan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama industri Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi, di mana sejumlah RM2.0 bilion telah diperuntukkan untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), membeli peranti telekomunikasi atau pelan data komunikasi. 


Jika anda layak, anda boleh melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh YES yang disubsidi oleh Kerajaan.


Cara Semak Kelayakan 

Anda layak untuk menyertai program Jaringan Prihatin jika anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan menyemak kelayakan anda di laman web BPR: https://bpr.hasil.gov.my/
 

Untuk menyemak kelayakan, sila ikuti langkah-langkah berikut: 
Langkah 1: Kunjungi laman sesawang: https://bpr.hasil.gov.my/
Langkah 2: Klik “log masuk” di sebelah kanan atas halaman sesawang
Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik “semak”



Tarikh Permohonan

  1. Permohonan untuk program ini akan dibuka dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021. Anda boleh mendaftar dengan YES melalui https://prihatin.yes.my/  hingga Pada 30 September 2021.

YesPrihatin Menawarkan Kemudahan Seperti Berikut  

Belajar Dari Rumah (Keluarga)
  1. Telefon pintar percuma
  2. Data 30GB Percuma setiap bulan
  3. Baucar RM50 dari Shopee
  4. Aplikasi Pendidikan
  5. Tempoh Sah hanya 12 Bulan

Belajar Dari Rumah Individu
  1. Telefon pintar percuma bagi satu individu
  2. Data 15GB Percuma setiap bulan
  3. Baucar RM50 dari Shopee
  4. Aplikasi Pendidikan
  5. Tempoh Sah hanya 12 Bulan


Siapa Yang Layak ? 
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut siapa yang layak boleh rujuk dibawah :

  1. Siapakah yang layak menyertai program Jaringan Prihatin?
    Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan Prihatin. Pemohon Utama BPR bagi setiap isi rumah layak menyertai program ini. 
  2. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya bujang tanpa anak?
    Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda bujang tanpa anak, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM180 untuk subsidi pakej peranti. 
  3. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya ibu/bapa tunggal?
    Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda ibu/bapa tunggal dengan anak-anak di bawah umur 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej peranti. 
  4. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya sudah berkahwin dan tiada anak-anak?
    Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda sudah berkahwin dan tiada anak-anak, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM180 untuk subsidi pakej peranti. 
  5. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya berkahwin dan mempunyai anak-anak?
    Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang di bawah umur 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej peranti. 
  6. Anak-anak saya berusia lebih 18 tahun dan masih menetap di rumah saya; adakah saya layak menerima subsidi pakej peranti RM300?
    Tidak, anda hanya layak menerima subsidi pakej peranti RM300 jika anak-anak anda berumur di bawah 18 tahun.
  7.  Saya warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing dan kami mempunyai anak-anak. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin?
    Jika anda seorang warganegara Malaysia yang layak menerima BPR dan berkahwin dengan warganegara asing, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun, anda layak menerima RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej peranti. 

Maklumat Lanjut 
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari https://www.yes.my/ms/


Post a Comment

0 Comments