BKP Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500 Secara 'One-off' akan Dikreditkan Mulai Esok

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara 'one-off' mulai esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan pada tahun ini.

"Ia membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

"BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok melalui Portal BKP iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Menurutnya, kerajaan komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela.

"Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini," katanya.


Kadar Bantuan

Bantuan ini bertujuan bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan, dengan bayaran sebanyak RM500 secara ‘one-off’.


Cara Permohonan & Semakan BKP

Untuk pengetahuan, tiada permohonan dibuka bagi bantuan ini.

Sebaliknya, data penerima akan disemak oleh KWSP ataupun PERKESO bagi memastikan setiap individu yang layak bakal diberikan bantuan.




Post a Comment

0 Comments