Bantuan Zakat Bagi Golongan B40 & Individu Terkesan Akibat COVID-19 ~ (Hilang pekerjaan,Cuti tanpa gaji, Hilang Pendapatan, Bekerja dengan pemotongan gaji bulanan & banyak lagi), Semak segera.

Bantuan Zakat Selangor Peduli ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor dalam membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19. Bantuan ini adalah kesinambungan daripada produk bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).

Bantuan ini ditawarkan kepada individu B40 yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan yang memenuhi syarat dan kriteria yang tertentu. Ia BUKAN UNTUK ASNAF fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan LZS. Permohonan bantuan ini dibuka secara rasminya bermula bulan Julai 2021.


Syarat-syarat Permohonan

  1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
    1. Beragama Islam
    2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
    3. Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
    4. Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
    5. Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

  2. Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:
    1. Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
    2. Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
    3. Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
    4. Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.

Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
  1. Beragama Islam
  2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
  3. Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  4. Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  5. Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

Individu yang terkesan akibat COVID-19 seperti berikut:
  1. Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
  2. Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
  3. Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
  4. Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
  5. Lain-lain

Pemohon WAJIB menyertakan dokumen berikut bagi permohonan yang berkaitan. Kegagalan melengkapkan dokumen menyebabkan permohonan anda akan ditolak:
  1. Salinan I/C ketua keluarga dan pasangan
  2. Salinan I/C atau sijil kelahiran tanggungan
  3. Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  4. Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja)
  5. Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan)
  6. Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan nombor akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon.
  7. Bil utiliti TNB / Air / IWK / Cukai dll (satu sahaja)
  8. Pengesahan status perkahwinan (dimuat naik dalam lain-lain dokumen dalam portal).
  9. Pengesahan / Memo status kesihatan pemohon/tanggungan daripada pakar atau doktor perubatan (sekiranya memilih pernyataan masalah (b))
  10. Sebut harga / penggesahan kos rawatan daripada pakar, doktor perubatan, farmasi atau syarikat pembekal. (sekiranya memilih pernyataan masalah (b))
  11. Dokumen berkaitan dengan hutang yang perlu dijelaskan dengan kadar segera. (sekiranya memilih pernyataan masalah (c))

Pemohon boleh mengisi Borang Akuan Hilang Pendapatan. Klik sini untuk muat turun : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN


Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT). Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:
  1. Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  2. Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  3. Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.

Cara Mohon
Anda boleh membuat permohonan secara online 
KLIK DISINI

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Ini

  1. Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.
  2. Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.
  3. Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  4. Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN
  5. Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).
  6. Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil : SURAT PERWAKILAN KUASA
  7. Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).


Post a Comment

0 Comments