Cara Mohon & Tebus Bantuan Suri Rumah RM480, Semak Segera

Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.


Faedah
  1. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
  2. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  3. Menerima dividen tahunan KWSP
  4. Bantuan Kematian: RM2,500

Siapakah Yang Boleh Mencarum ?
  1. Diri sendiri (isteri)
  2. Suami kepada pasangan yang layak

Syarat-syarat kelayakan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Belum mencapai umur 60 tahun
  3. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  4. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  5. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020

Cara Dan Saluran Bayaran

Had Bayaran
  1. Minimum (RM sahaja)
    -Tiada had
  2. Maksimum (RM sahaja)
    -RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Apakah Yang Anda Perlukan
  1. MyKad
  2. Bayaran i-Suri boleh dibuat dengan menggunakan Borang KWSP 6A(2) jika bayaran dibuat di kaunter ejen Bank atau kaunter KWSP.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:

Borang Diperlukan 
  1. Borang KWSP 6A (2)
  2. Borang Risalah i-Suri
Baca Juga 


Post a Comment

0 Comments