Pembayaran BKC Fasa 2 Akan Mulai Pada 25 November Ini, Semak Status Anda Segera
Apakah Itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)?
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada bulan Jun yang lalu.
Kelayakan Penerima BKC
Terdapat tiga kategori penerima BKC iaitu;
- Miskin tegar
- B40
- M40
Untuk Miskin tegar dan B40, kriteria kelayakan adalah sama iaitu berdasarkan kriteria BPR 2021 dengan jumlah pendapatan;
Isi rumah / Warga emas – RM5000 dan ke bawah.
Bujang – RM2,500 dan ke bawah
Manakala bagi kategori M40, kriteria semakan kelayakan untuk menerima BKC adalah melalui pelaporan cukai pendapatan dengan jumlah pendatapan
Isi rumah – RM5,0001 – RM9,000
Bujang – RM2,501 – RM5,000
Lihat selengkapnya dibawah
Bantuan buat golongan B40 & M40
- Untuk pengetahuan anda, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Covid (BKC) .Bantuan ini dislaurkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di dalam kelompok miskin tegar, B40 dan M40.Dapat memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah begitu juga dengn warga emas dan bujang, dan melibatkan pembelanjaan sebanyak RM4.6 billion
Berapa bantuan yang diterima
Bagi kategori isi rumah yang miskin tergar akan dapat bantuan sebanyak RM500 mulai bulan September 2021. Manakala pembayaran kedua adalah sebanyak RM500 yang akan mula dibayar pada bulan November. Seterusnya pembayaran ketiga pula akan mula dikredtikan kepada penerima mulai Disember sebanyak RM300
Manakala bagi kategori bujang miskin tegar akan dapat bantuan sebanyak RM200 mulai September ini, dan pembayaran seterusnya pula akan dikredtikan pada bulan November sebanyak RM300 akan diberikan.
Jadual & Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran Fasa 2 adalah pada 25 November 2021, manakala BKC Fasa 3 adalah pada bulan Disember 2021.
Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai 25 November ini dengan peruntukan RM300 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bayaran kedua itu akan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.
"Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40," memetik kenyataan yang dikeluarkan beliau hari ini.
Baca juga :
Program E-Start 2022: Bantuan Ewallet RM150 Secara One-off, Semak Kelayakan Anda
Post a Comment
0 Comments