Bantuan Bina & Baiki Rumah Di Bawah Inisiatif Peduli Rakyat Semak Syarat-Syarat & Cara Memohon

Berita baik buat penduduk Malaysia, bagi mereka yang tidak berkemampuan membina rumah ataupun membaik pulih Kerajaan Negeri Selangor melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) melaksanakan Bantuan Bina dan Baiki Rumah.

Kaedah-kaedah Pelaksanaan

  1. Bantuan Bina Baru – Rumah asal atau yang sedang didiami dirobohkan secara keseluruhannya dan sebuah rumah baru dibangunkan di atas tapak asal rumah.
  2. Bantuan Baik Pulih: Kerosakan asas dan kritikal pada kediaman sahaja akan dibaik pulih*. Penambahan struktur baharu tidak termasuk dalam program ini.

*Ditentukan oleh Pejabat Daerah berkenaan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.


Syarat-Syarat Kelayakan

Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  1. Terbuka kepada anak kelahiran Selangor ATAU pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor lebih dari lima belas (15) tahun.
  2. Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada lima belas (15) tahun.
  3. Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM1,500 sebulan yang merangkumi tanggungan yang tinggal bersama di dalam rumah berkenaan.
  4. Umur pemohon adalah di antara 45 tahun hingga 75 tahun sahaja kecuali Orang Kelainan Upaya (OKU).
  5. Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon dan ketua keluarga mestilah merupakan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja.
  6. Pemohon yang mempunyai tanggungan sahaja akan dipertimbangkan dan dibuktikan bahawa rumah berkenaan diduduki oleh pemohon dan tanggungannya.
  7. Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah.
  8. Pemohon yang memperoleh Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan.
  9. Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan.
  10. Pemohon yang menumpang dan menyewa tidak akan dipertimbangkan.
  11. Keadaan rumah pemohon adalah daif dan tidak sesuai untuk diduduki.
  12. Rumah pemohon mestilah berada di kawasan perkampungan tradisi / kampung baharu, yang mana rumah tersebut berada di atas tanah milik sendiri. Kedudukan tapak mestilah mempunyai / berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan di kawasan banjir.
  13. Tanah TOL (Temporary Occupation License / Lesen Pendudukan Sementara) & Rizab Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pegawai Daerah berkenaan.
  14. Pemohon dikehendaki melampirkan surat kebenaran menduduki / surat kuasa menduduki daripada tuan / pemilik tanah / waris sekiranya tanah bukan hak milik pemohon (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah).
  15. Pemohon yang telah mendapat bantuan baik pulih atau bina baru rumah daripada jabatan / agensi luar adalah tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin.
  16. Mangsa bencana alam / kebakaran yang membuat permohonan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin selepas ditimpa musibah adalah tidak layak dipertimbangkan.
  17. Pemohon yang berjaya adalah tertakluk kepada pemulangan Surat Penerimaan Tawaran Bantuan Rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.


Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon – ia boleh dikemukakan secara atas talian (online) di pauntan berikut: Sistem Smart IPR (KLIK SINI)


Post a Comment

0 Comments