Info Mengenai Pengeluaran KWSP RM10,000 Secara One Off Melalui Akaun 1 | Januari 2022


Kuala Lumpur, Malaysia – Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Moh Najib Tun Razak telah menyeru pihak kerajaan agar menaikkan had pengeluaran maksimum wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir.

Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, perkara itu adalah amat dituntut oleh majoriti rakyat Malaysia pada ketika ini berikutan terkesan dengan pandemik Cov19 yang telah melanda negara kita.


Bantuan Khas Cov19

“Semasa wabak Covid-19 mula melanda, saya pernah mencadangkan kepada kerajaan agar membenarkan pencarum untuk mengeluarkan duit dari akaun 2 KWSP sebagai salah satu usaha membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan semasa Covid-19 . Pada masa itu, kerajaan telah menyambut baik cadangan saya dan melaksanakannya sebagai program i-Lestari dalam pakej Prihatin”.


Pengeluaran RM10,000 Akaun 1 KWSP

“Saya mendapati ramai rakyat Malaysia bersuara dan mendesak perkara ini, Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka.


“Justeru itu, saya amat amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.


Bekas Perdana Menteri berkata, kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu berkenaan bukan berniat mendapatkan publisiti, sebaliknya atas sebab memahami situasi yang dialami rakyat diwaktu kesukaran ini.


“Sesungguhnya ini bukan yang disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat,” jelas beliau.


Pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 tidak memasukkan pengeluaran simpanan KWSP i-Citra sebanyak RM10,000 secara one-off dalam belanjawan berkenaan.

Sumber: portalmalaysia


Post a Comment

4 Comments

  1. Kenapa i-sinar tu susah mereka nk luluskan?? Kita faham simpan hari tua .. tapi jika kita sempat tua... Tetapi kehidupan yg skg ni perlu dibina semula untuk hari tua... Kami perlukan i- sinar untuk membina kembali kehidupan kami yg hilang dan terus hilang... Kami bukan minta duit anda...kami bukan minta duit saudara mara anda... Kami hanya minta duit kami...kami bukan niat nk keluarkan jika tak terpaksa... Atau mmg nk galak kan kami semua meminjam dari Along dan akhirnya kami menjadi rakyat Along?? Mungkin anda ckp..carilah cara lain.. tetapi semua cara lain itu tetap perlukan wang.... Alasan anda itu ..atau tujuan kwsp itu adalah syarat manusia yg boleh diubah-ubah seperti sebelum ini... Inilah masanya untuk membantu.. Apa pun wang itu juga digunakan untuk kami pulihkan ekonomi kami secara tak lansung memulihkan negara ini...

    ReplyDelete



    BACA JUGA
    BKC Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran bagi kategori Isi Rumah
    BKC Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran bagi kategori Isi Rumah
    Pada fasa sebelum ini iaitu fasa 2 hanya miskin tegar sahaja yang menerima…

    Vaksin Moderna boleh bawa sedikit risiko masalah jantung
    Vaksin Moderna boleh bawa sedikit risiko masalah jantung
    PARIS: Suntikan vaksin Moderna boleh membawa sedikit risiko masalah jantun…

    Jawatan Kosong Mr Diy Seluruh Malaysia ~ SPM / Diploma / Degree Layak Mohon !
    Jawatan Kosong Mr Diy Seluruh Malaysia ~ SPM / Diploma / Degree Layak Mohon !
    Hari Hari Kerja! adalah satu platform pengiklanan jawatan kosong,isu semas…



    Siapa HariHarikerja !
    Iklan Bantuan Kerajaan & Swasta,Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta ,Isu Semasa,Info terkini,Info Viral & lain-lain
    Created By SoraTemplates | Distributed By Blogger Templates


    notification icon

    ReplyDelete
  2. Betul2 sy pun dah terjebak,mcmna nk settel ah long...lagi x byr lg la dya naik harga x sepattut sy dah buntu .ahli keluarga x akn tlg ..tp da hikmah pe terjadi pd sy br tahu mana saudara,kawan@lawan

    ReplyDelete
  3. Kecewa dgn kwsp 10k ni..

    ReplyDelete